-Jika tidak digunakan, bateri yang telah dicas sepenuhnya akan hilang casnya dengan berlalunya masa..

-Meninggalkan peranti di tempat yang panas atau sejuk, contohnya di dalam kereta yang tertutup ketika musim panas dan musim sejuk akan mengurangkan keupayaan serta hayat bateri..

-Sentiasa cuba menyimpan bateri dalam suhu antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F).. Peranti dengan bateri yang panas atau sejuk mungkin tidak akan dapat berfungsi buat sementara, walaupun jika bateri telah dicas sepenuhnya.. Prestasi bateri adalah terhad, terutamanya dalam suhu di bawah takat beku..

-Jangan buang bateri ke dalam api kerana ia mungkin meletup..

-Bateri juga mungkin meletup jika dirosakkan..

Amaran bateri!

-”Waspada” – bateri yang digunakan dalam peranti ini mungkin menyebabkan risiko kebakaran atau lecuran kimia jika tidak digunakan dengan betul..

-Jangan cuba membuka produk atau menggantikan bateri.. Ia adalah terbina dalam dan tidak boleh ditukar..

-Penggunaan bateri lain mungkin menyebabkan risiko kebakaran atau letupan dan waranti akan ditamatkan..

-Cas semula bateri anda hanya dengan pengecas diluluskan yang disediakan dan khusus untuk peranti ini..

-Buang bateri mengikut peraturan setempat.. Sila kitar semula jika boleh.. Jangan buang sebagai sisa buangan isi rumah..

-Sentiasa simpan produk jauh daripada kanak-kanak..

PENJAGAAN PENGECAS:

-Jangan cuba mengecas set kepala anda dengan alat selain daripada penyesuai AC yang disediakan.. Penggunaan sebarang jenis lain mungkin merosakkan atau memusnahkan set kepala dan mungkin mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti, dan mungkin berbahaya.. Untuk maklumat ketersediaan

bagi penambahan yang diluluskan, sila semak dengan wakil peniaga anda..

Penting: Set kepala tidak boleh digunakan semasa mengecas..

Bahasa Inggeris

Jabra bt2080

13

Page 478
Image 478
Jabra BT2080 user manual Penjagaan Pengecas, Amaran bateri, Sentiasa simpan produk jauh daripada kanak-kanak