Mod berpasangan manual

Jika anda ingin menggunakan alat dengar anda dengan telefon yang berbeza, atau jika proses berpasangan diganggu, anda boleh menetapkan alat dengar kepada mod berpasangan secara manual..

Pastikan alat dengar dihidupkan.. Tekan dan tahan butang jawab/ tamatkan selama kira-kira 5 saat sehingga ikon Bluetooth berubah daripada lampu yang tetap kepada lampu yang berkelipan.. Kemudian, ulang langkah 2 dan 3 dalam panduan berpasangan di atas..

BERSAMBUNG DENGAN TELEFON ANDA

Berpasangan hanya diperlukan pada kali pertama alat dengar dan telefon digunakan bersama.. Apabila alat dengar dan telefon telah dijadikan berpasangan sekali, ia akan bersambung secara automatik apabila alat dengar dihidupkan dan Bluetooth diaktifkan pada telefon.. Alat dengar boleh digunakan apabila ia “disambungkan” ke telefon.. Jika peranti dijadikan berpasangan, tetapi tidak terus bersambung, ketik butang jawab/tamat.. Apabila alat dengar anda telah disambungkan ikon sambungan Bluetooth dalam StatusDisplay™ akan menjadi tetap selama 3 saat..

PAKAILAH MENGIKUT CARA YANG ANDA SUKAI

Jabra BT2080 boleh dipakai pada mana-mana telinga dengan atau tanpa cangkuk telinga.. Hanya keluarkan cangkuk telinga jika anda lebih suka gaya pemakaian ini atau sambungkan cangkuk telinga agar selesa di telinga kiri atau kanan bergantung pada pilihan anda..

BAGAIMANA UNTUK

Menjawab panggilan

-Ketik (kurang daripada 1 saat) butang jawab/tamat pada alat dengar anda untuk menjawab panggilan..

Menamatkan panggilan

- Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif..

Bahasa Inggeris

Jabra bt2080

6

Page 471
Image 471
Jabra BT2080 user manual Bersambung Dengan Telefon Anda, Pakailah Mengikut Cara Yang Anda Sukai, Bagaimana Untuk