60Bahasa Melayu

2 Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan perkakas.

3Letakkan unit pencukur pada kulit.

4Gerakkan perkakas melawan arah pertumbuhan bulu dengan satu tangan, sementara meregangkan kulit dengan tangan yang sebelah lagi.

Nota: Pastikan bahawa unit pencukur sentiasa benar-benar bersentuhan dengan kulit.

Petua merapi dan mencukur

-- Jika bulu lebih panjang dari 10mm, anda boleh merapikannya terlebih dahulu dengan sikat perapian 1 kepada 3mm panjang untuk memudahkan pencukuran.

-- Anda mendapat hasil perapian terbaik semasa kulit dan bulu sedang kering.

-- Anda boleh menggunakan perkakas di bilik mandi. Untuk memastikan luncuran yang lebih mudah, gunakan sedikit busa cukur atau gel mandian pada kulit anda.

Pencukuran dengan alat tambahan pencukur belakang (BG2036/BG2038 sahaja)

1Tekan dan tahan butang pelepasan (1) dan buka alat tambahan

pencukur belakang (2).

2 Letakkan bahagian bawah perkakas di bahagian bawah pemegang di alat tambahan pencukur belakang. Kemudian tekan bahagian atasnya pada bahagian atas pemegang sehingga ia terkunci pada tempatnya dengan bunyi klik.

3Cukur bahagian belakang anda dengan menggerakkan alat tambahan

pencukur belakang bersama perkakas ke atas dan bawah dengan pemegangnya.

Page 60
Image 60
Philips BG2036, BG2024, BG2028, BG2026, BG2025 user manual Petua merapi dan mencukur