Bahasa Melayu 57

Awas

-- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.

-- Hanya gunakan penyesuai dan dirian pengecasan yang dibekalkan untuk mengecas perkakas.

-- Jangan rendam penegak cas di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.

-- Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum anda menggunakannya.

-- Jika penyesuai atau dirian pengecasan rosak, pastikan ia diganti dengan jenis yang tulen bagi mengelakkan bahaya.

-- Jangan gunakan perkakas jika mana-mana bahagiannya rosak atau patah, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.

-- Perkakas ini hanya dimaksudkan untuk mencukur dan merapi bahagian badan di bawah garis leher. Jangan gunakannya untuk mencukur atau merapi bulu atau rambut di muka atau kulit kepala.

Pematuhan standard

-- Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan antarabangsa IEC yang diluluskan dan boleh digunakan dengan selamat di tempat mandi atau air pancur hujan.

-- Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.

Pengecasan

Pengecasan mengambil masa 1 jam (BG2038/BG2036) atau 8 jam (BG2028/BG2026/BG2025/BG2024) bergantung pada model. Apabila perkakas telah dicas sepenuhnya, ia mempunyai masa operasi sehingga 50 minit.

Apabila penunjuk status bateri berkelip merah, maknanya bateri telah lemah (baki masa berfungsinya lebih kurang 10 minit) dan anda perlu mengecas semula perkakas.

1Masukkan plag kecil dalam dirian pengecasan. 2 Masukkan perkakas di dalam dirian pengecasan.

Page 57
Image 57
Philips BG2028, BG2036, BG2024, BG2026, BG2025 user manual Bahasa Melayu, Awas, Pematuhan standard, Pengecasan