Philips HD4918 manual Bahasa Melayu, Pengenalan, Perihalan umum Gamb, Panel kawalan

Models: HD4918

1 62
Download 62 pages 16.95 Kb
Page 20
Image 20
20Bahasa Melayu

20Bahasa Melayu

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Periuk aruhan berfungi atas dasar elektromagnet yang menghasilkan medan elektromagnet frekuensi tinggi yang berkuasa. Apabila alat memasak yang terdiri daripada bahan magnet (cthnya. besi) diletak pada periuk aruhan, medan elektromagnet memindahkan tenaga ke bahagian bawah alat tersebut, yang menyebabkan alat memasak dan makanan di dalamnya menjadi panas. Jumlah haba yang dijana di dalam alat memasak tersebut di kawal dengan mengubah kekuatan medan elektromagnet itu. Apabila kekuatan medan elektromagnet ditukar, suhu alat memasak itu bertukar serta merta.

Kelebihan periuk aruhan:

-Selamat: periuk aruhan tidak menggunakan nyalaan atau api yang terbuka. Ia juga mempunyai beberapa ciri keselamatan, yang membolehkan anda seronok memasak bersama keluarga pada bila-bila masa.

-Cepat: dalam pemasakan aruhan, alat memasak bertindak sebagai sumber haba. Ini menghasilkan pemindahan haba yang lebih cepat dan lebih rata, mengurangkan masa memasak sehingga lebih daripada 1/3 berbanding dengan pemasakan secara konvensional.

-Serba boleh: periuk aruhan mempunyai 8 mod memasak yang dipratetapkan, setiap satu dengan corak pemanasan tersendiri yang optimum. Mod ini membenarkan anda menyediakan pelbagai pilihan makanan yang berkhasiat.

-Kegunaan yang mesra: panel kawalan dan paparan yang mudah dan interaktif membolehkan anda melaraskan tetapan dengan mudah dengan sentuhan butang.

-Selesa: proses memasak dengan periuk aruhan adalah bebas asap dan menghasilkan gris yang sedikit. Selain itu, periuk dan kawasan sekitarnya tetap sejuk. Ini membolehkan anda memasak dalam persekitaran yang dingin dan selesa.

-Mudah alih: periuk aruhan mempunyai reka bentuk yang kompak dan plat memasaknya sentiasa sejuk. Ini bermakna perkakas ini sentiasa selamat untuk digunakan dan ia membolehkan anda memasak di mana- mana dalam rumah anda.

Perihalan umum (Gamb. 1)

APlat memasak kristalit

BBadan

CZon memasak

DPanel kawalan

EPaparan

FSalur keluar udara

GSalur masuk udara

HKord sesalur kuasa

Panel kawalan

1Mod masak pratetap dengan lampu penunjuk

2Butang Jam:Min (masa memasak)

3Butang pemasa

Page 20
Image 20
Philips HD4918 manual Bahasa Melayu, Pengenalan, Perihalan umum Gamb, Panel kawalan