22Bahasa Melayu

-Jangan tutup mana-mana bahagian plat memasak dengan aluminium untuk mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau kebakaran.

-Jika permukaan plat memasak retak, matikan perkakas dan jangan gunakannya lagi untuk mencegah risiko kejutan elektrik, litar pintas atau kebakaran.

Awas

-Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.

-Jangan dedahkan periuk aruhan kepada suhu yang tinggi, gas panas, stim atau haba yang lembap. Jangan letakkan periuk aruhan di atas atau berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan atau yang masih panas.

-Sentiasa matikan perkakas sebelum anda mencabut plagnya.

-Sentiasa cabutkan plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk sebelum anda membersihkannya.

-Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas ini disalahgunakan atau untuk tujuan profesional atau semiprofesional atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan yang terdapat dalam manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak menerima tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.

-Letakkan periuk aruhan di atas permukaan yang stabil, mendatar dan rata serta pastikan terdapat sekurang-kurangnya 10cm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.

-Jangan letak apa-apa di antara alat memasak dan plat memasak.

-Berat maksimum yang boleh diletakkan di atas periuk aruhan ialah 7kg.

-Berwaspadalah terhadap stim panas yang keluar daripada alat memasak semasa memasak atau apabila anda membuka penutupnya.

-Jangan angkat atau pindahkan periuk aruhan semasa ia sedang beroperasi.

-Jangan letak alat memasak yang kosong di atas periuk aruhan yang telah dihidupkan, kerana ini boleh menyebabkan alat memasak tersebut menjadi herot benyot atau gegelung pemanasan menjadi rosak.

-Jangan simpan bahan dan cecair mudah terbakar berhampiran atau di atas periuk aruhan.

-Elakkan sentuhan yang kuat antara alat memasak atau objek lain dengan plat memasak kristalit.

-Sentiasa letakkan alat memasak pada zon memasak apabila memasak.

-Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa atau sistem kawalan jauh untuk mengelakkan situasi yang berbahaya.

-Jangan guna alat memasak yang mempunyai diameter dasar periuk lebih daripada 16cm untuk menggoreng makanan (dengan minyak yang banyak), kerana ini menyebabkan perkakas ini malfungsi.

Pematian automatik

Perkakas ini dilengkapi dengan pematian automatik. Ia akan mati secara automatik dalam dua keadaan:

-Dalam mod Quick start (manual) dan mod Hot pot, perkakas ini akan mati secara automatik jika anda tidak menekan sebarang butang selama

60 minit.

-Jika tiada alat memasak di atas plat memasak atau jika alat memasak itu tidak sesuai, apabila anda menekan butang mula atau jika anda

Page 22
Image 22
Philips HD4918 manual Awas, Pematian automatik, Minit