52
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum
menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan di
masa depan.
Hanya gunakan plag kuasa yang dibekalkan.
Plag kuasa mengubah 100-240 volt kepada voltan
rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.
Plag kuasa mengandungi sebuah transformer.
Jangan potong plag kuasa untuk menggantikannya
dengan plag yang lain kerana ini akan menimbulkan
situasi berbahaya.
Jangan gunakan plag kuasa yang rosak.
Jika plag kuasa rosak, sentiasa gantikan dengan jenis
tulen bagi mengelakkan bahaya.
Pastikan plag kuasa tidak kena basah.
Cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5 cC
dan 35 cC.
Jangan rendam penegak cas di dalam air atau
membilasnya di bawah pili air.
Jangan mengecas semula pencukur di dalam pau
tertutup.
Sentiasa cabut plag daripada pencukur sebelum
membersihkannya di bawah pili air.
Perkakas mematuhi peraturan keselamatan
antarabangsa IEC yang diluluskan dan boleh
dibersihkan dengan selamat di bawah pili air.
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual arahan ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati
pada masa ini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu