![](/images/new-backgrounds/1228879/228879121x1.webp)
Bahasa Melayu 63
,Simpan perkakas dalam uncang mewah atau letakkan perkakas di dalam penegak casnya.
Kunci kembara
Jika anda akan membuat perjalanan, pencukur boleh dikunci. Kunci kembara mengelakkan pencukur daripada dihidupkan tanpa sengaja.
Mengaktifkan kunci kembara
1
2
3
Tekan butang hidup/mati selama 3 saat untuk memasukki mod kunci kembara (ditandakan dengan simbol kunci yang berputar).
Tunggu beberapa saat tanpa menekan butang hidup/mati untuk mengaktifkan kunci kembara.
Motor akan padam dan simbol kunci muncul pada paparan untuk menandakan bahawa kunci kembara telah diaktifkan.
Nota:Jika anda menekan butang hidup/mati sekali lagi dalam masa beberapa saat selepas memasuki mod kunci kembara, kunci kembara tidak akan diaktifkan. Sebaliknya, anda akan memasukki satu daripada dua mod susun atur paparan. Jika anda hendak kembali ke mod kunci kembara, tekan butang hidup/mati dua kali lagi sehingga anda berada dalam mod kunci kembara (ditandakan dengan simbol kunci yang berputar). Kemudian tunggu beberapa saat tanpa menekan butang hidup/mati untuk mengaktifkan kunci kembara.
,Anda boleh sentiasa kembali ke menu tersebut dengan menekan butang hidup/mati selama 3 saat.