PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN DALAM PENGENDALIAN

Jangan gunakan alat ini sebagai tempat menyimpan makanan, haiwan dan tumbuhan, peralatan canggih, barangan seni dan ubat-ubatan.

Jangan sentuh suis bekalan kuasa dengan tangan yang basah untuk

mengelakkan kejutan elektrik.

Jika beroperasi bersama peralatan pembakaran, pastikan udara segar sentiasa beredar masuk untuk membekalkan oksigen yang cukup.

Jangan halakan udara yang keluar dari penyaman udara ini ke arah peralatan pembakaran kerana akan menyebabkan pembakaran tidak lengkap.

Sentiasa pastikan alat pemasangan adalah kukuh dan tiada kerosakan untuk mengelakkan unit luar bilik daripada terjatuh.

Jangan pancurkan air ke atas penyaman udara semasa membersihkannya kerana mungkin mengakibatkan berlakunya litar pintas.

Jangan gunakan aerosol atau penyembur rambut bedekatan dengan unit dalam

!bilik. Bahan kimia ini boleh melekat pada sirip petukaran kepanasan dan menyekat penyejatan pengaliran air kepada pan pengaliran. Air akan jatuh

P

pada kipas tangential dan menyebabkan air menyimbah dari unit dalam bilik.

 

E

Sila padamkan suis dan cabutkan plag semasa membersihkan penyaman

R

udara kerana kipas dalam penyaman udara yang berpusing dengan laju

H

boleh mencederakan.

A

 

TJika tidak menggunakan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang,

I sila cabutkan plag demi keselamatan.

A

N

Jangan berdiri di atas unit luar bilik atau meletakkan beban di atasnya.

Jangan letakkan bekas yang mengandungi air (seperti pasu bunga) kerana jika air tertumpah ke dalam unit, ini boleh mengakibatkan kejutan elektrik.

Jangan letakkan haiwan atau tumbuhan di tempat angin bertiup keluar kerana akan mendatangkan kesan buruk terhadap haiwan atau tumbuhan.

Jangan pasangkan penyaman udara untuk jangka masa yang panjang semasa pintu dan tingkap terbuka (kelembapan dalam bilik melebihi 80%), serta semasa pengawal aliran udara hala ke bawah atau pengawal aliran udara beroperasi secara automatik. Jika tidak, air akan terkondensasi pada pengawal aliran udara mendatar dan akan menitis ke bawah dan membasahi perkakas rumah.

Jika terdapat sumber haba yang melebihi kapasiti penyaman udara (terdapat terlalu ramai orang atau menggunakan alat pemanasan), suhu dalam bilik tidak akan mencapai suhu yang ditetapkan.

Alat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak atau mereka yang kurang upaya melainkan jika mereka telah diawasi oleh orang yang bertanggungjawab untuk memastikan mereka boleh menggunakan alat ini dengan selamat.

Kanak-kanak haruslah dijaga untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.

25 –

BAHASA MALAYSIA

Page 25
Image 25
Philips RAC-18C9, RAS-18C9 instruction manual Boleh mencederakan