Philips RAC-18C9, RAS-18C9 Penjagaan, Penapis Udara, Prosedur, Bahasa Malaysia, Perhatian

Models: RAC-18C9 RAS-18C9

1 44
Download 44 pages 45.75 Kb
Page 39
Image 39
PENJAGAAN

PENJAGAAN

!PERHATIAN

Kerja pembersihan dan penjagaan hendaklah dilakukan oleh para pembakal. Sebelum kerja pembersihan, hentikan operasi dan keluarkan plag bekalan kuasa.

1.PENAPIS UDARA

Penapis udara perlu dibersihkan kerana ia menyedut habuk di dalam bilik. Apabila penapis udara diliputi oleh habuk, ia akan menghalang pengaliran udara dan kesan pendinginan juga akan berkurang. Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan bunyi bising. Pastikan penapis udara dibersihkan mengikut prosedur di bawah.

PROSEDUR

1

Buka panel depan dan keluarkan penapis udara

 

Angkat dan keluarkan penapis pembesih dan

pewangi udara daripada penapis udara dengan perlahan.

2

Bersihkan habuk daripada penapis udara dan

 

penapis pembesih dan pewangi udara dengan pembersih vakum. Jika terdapat terlalu banyak habuk, bilaskan di bawah aliran air paip dan berus perlahan dengan berus yang lembut. Biarkan kering di tempat yang teduh.

3

Masukkan semula penapis pembersih dan

 

pewangi ke penapis udara. Pastikan bahagian penapis udara yang bertanda "FRONT" menghala ke atas dan sorongkan penapis udara ke kedudukan asalnya.

Setelah memasang penapis itu, tekan panel depan mengikut 3 anak panah yang ditunjukkan dan tutup.

NOTA:

Penapis pembersih dan pewangi udara hendaklah dibersihkan setiap bulan atau lebih awal jika terlalu kotor. Penggunaan yang lama akan menyebabkan ia kehilangan fungsi pewangi. Pengguna disarankan menukarnya setiap tahun bergantung kepada keperluan untuk keberkesanan optima.

!PERHATIAN

Jangan cuci dengan air panas yang suhunya lebih dari 40°C. Penapis udara mungkin mengecut.

Selepas mencucikannya, goncangkan penapis udara untuk keluarkan air dan keringkannya di tempat yang teduh. Jangan terdedah terus kepada cahaya matahari kerana penapis udara mungkin mengecut.

Jangan gunakan sabun pada penapis pembersih dan pewangi udara kerana sabun boleh mengakibatkan ia kehilangan keupayaan elektrostatik.

BAHASA MALAYSIA

– 39 –

Page 39
Image 39
Philips RAC-18C9, RAS-18C9 instruction manual Penjagaan, Penapis Udara, Prosedur, Bahasa Malaysia, Perhatian