RICE_COOKER_EASY-COOK_NC00116410_Mise en page 1 19/11/12 18:25 Page3

Sekiranya makanan terlekat di dasar, rendamkan mangkuk seketika sebelum mencuci.

Keringkan mangkuk dengan berhati-hati.

Jangan rendam peralatan di dalam air atau tuangkan air ke atasnya, hanya ke dalam mangkuk.

Menjaga mangkuk

Untuk mengekalkan kosmetik mangkuk, kami tidak menggalakkan mangkuk untuk dicuci di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang diperbuat daripada keluli apabila mengacau atau menghidang makanan untuk mengelakkan permukaan mangkuk daripada sebarang kerosakan.

Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan cuka ke dalamnya.

Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih selamat untuk digunakan.

36