Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17/08/11 07:48 Page51

Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan cuka ke dalamnya.

Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih selamat untuk digunakan.

Mencuci injap tekanan mikro

Apabila membersihkan injap tekanan-mikro, harap keluarkan dari tudung periuk – Fig.16 dan membukanya dengan memusing ke arah « open » (buka) – Fig.17a dan 17b. Setelah mencucinya, harap lap sehingga kering dan cantumkan kedua-dua bentuk tiga segi pada kedua bahagian dan pusingkan ke arah « close » (tutup), kemudian masukkan kembali pada tudung periuk nasi – Fig.18a dan 18b.

Jangan sekali-kali membersihkan kotak kawalan dengan span yang basah.

Mencuci dan menjaga bahagian-bahagian lain peralatan

Tanggalkan plag peralatan sebelum mencuci.

Bersihkan bahagian luar Periuk Nasi – Fig.19, bahagian dalam tudung periuk – Fig.14 dan kord dengan sehelai kain lembap dan lap sehingga kering. Jangan gunakan produk yang melelas.

Jangan gunakan air untuk mencuci bahagian dalam peralatan kerana ia mungkin mengakibatkan kerosakan kepada sensor haba.

51