Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17/08/11 07:47 Page41

Sebelum penggunaan kali pertama Keluarkan peralatan

Alihkan peralatan daripada bungkusan dan keluarkan kesemua aksesori dan dokumen.

Buka penutup dengan menekan butang pembuka yang terletak di atas peralatan Fig.1.

Baca arahan dan ikut kaedah penggunaan dengan berhati-hati.

Cuci peralatan

Tanggalkan mangkuk seramik Fig.2, pelindung wap dan injap tekanan – Fig.3a dan 3b.

Bersihkan mangkuk, injap tekanan dan pelindungan wap dengan span dan serbuk pencuci.

Lap bahagian luar peralatan dan tudung periuk dengan kain lembap.

Keringkan dengan berhati-hati.

Letakkan semula semua elemen pada posisi asal. Pasang kord mudah tanggal ke dalam soket di bahagian bawah periuk.

Masukkan sokongan sudu pada bahagian bawah peralatan

Fig. 4.

Peralatan

Periuk nasi ini dilengkapkan dengan 10 fungsi : Masakan Mahir, masakan Cepat/Kukus, masakan Sup, masakan Beras Perang, masakan Bubur, masakan Kek, Memanas semula, Kekal hangat dan Praset.

Apabila kord kuasa dipasang ke dalam saluran kuasa dan kepada soket di bahagian bawah periuk, peralatan ini akan mengeluarkan bunyi « Bi » yang panjang, semua lampu penunjuk di kotak kawalan akan menyala sebentar, skrin akan memaparkan « 88 ». Kemudian skrin berubah menunjukkan « -- » tidak lama kemudian semua lampu penunjuk akan padam. Peralatan ini memasuki mod sedia, anda boleh memilih fungsi yang anda mahu.

Di akhir masa memasak, peralatan ini akan bertukar secara automatik kepada kekal hangat yang akan berpanjangan sehingga 24 jam.

41