ARAHAN KESELAMATANÉ

Untuk keselamatan anda, peralatan ini memenuhi standard dan peraturan yang terpakai (Arahan Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetic, Alam Sekitar,...).

1 • Syarat penggunaan

Pembersih vakum anda adalah satu peralatan elektrik: Ia hanya boleh digunakan di bawah keadaan pengendalian yang biasa. Guna dan simpan peralatan jauh daripada capaian kanak-kanak. Jangan tinggalkan peralatan yang masih belum dimatikan tanpa pengawasan.

Simpan muncung dan hujung tiub jauh dari mata dan telinga.

Jangan memgvakum permukaan yang lembap, yang mempunyai air atau apa jua cecair, permukaan panas, permukaan ultrahalus (plaster, simen, abu...), serpihan besar yang tajam (kaca), produk merbahaya (pelarut, pelekang cat...), produk kimia (asid, bahan pencuci...), produk mudah terbakar atau meletup (berasas petrol atau alkohol).

Jangan merendam peralatan dalam air, memercikkan air ke atasnya atau menyimpannya di luar rumah.

Jangan menggunakan peralatan sekiranya ia telah terjatuh dan menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang jelas atau tanda-tanda ia tidak berfungsi dengan betul.

Dalam keadaan ini, jangan membuka peralatan tetapi hantarkannya ke Pusat Khidmat yang Diluluskan yang terdekat dengan anda atau hubungi Khidmat Pelanggan Tefal (anda boleh mendapatkan butiran untuk menghubungi mereka di halaman terakhir).

Peralatan ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh orang

MS

(termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau tanpa pengalaman atau pengetahuan yang diperlukan kecuali mereka diawasi atau telah diberikan arahan terlebih dulu mengenai penggunaan peralatan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan Peralatan.

2 • Bekalan kuasa elektrik

Pastikan voltan pengendalian (voltan) pembersih vakum anda sama seperti voltan bekalan anda.

Cabut palam peralatan dengan mengalihkan palam kuasa, tanpa menarik kord kuasa:

-sebaik sahaja selepas mengguna,

-sebelum setiap kali anda menukar aksesori,

-sebelum membersih, menyenggara atau menukar penapis. Jangan menggunakan peralatan jika kord kuasa rosak. Penggulung kord kuasa dan kord kuasa pembersih hampagas anda mesti ditukar oleh Pusat Khidmat Tefal yang Diluluskan kerana setiap jenis pembaikan memerlukan alat khas untuk mengelakkan sebarang bahaya.

3 • Pembaikan

Pembaikan hanya patut dijalankan oleh pakar menggunakan alat ganti yang asli.

Membaiki sendiri peralatan boleh membahayakan pengguna, dan akan membatalkan jaminan.

KETERANGAN

1Penutup

2Membuka penutup

3Mengalihkan muncung kuasa

4Butang menggulung semula kord kuasa

5 Butang On/Off

6 Penunjuk penukaran beg

7 Salur masuk vakum

8 Salur keluar udara

9 Suis kuasa elektrik

10 a – Meletak untuk menyimpan secara menegak b – Meletak untuk menyimpan secara melintang

11 Ruang beg

12 Alat menyokong beg untuk beg Wonderbag* atau beg sintetik*

13 Sensor beg pembersih vakum

14 Sensor alat menyokong beg

15 Ruang kaset penapis HEPA*

16 Sensor kaset penapis HEPA*

17 a – Kaset penapis HEPA* (ruj. RS-RT3335) untuk beg Wonderbag*

b – Kaset penapis HEPA* (ruj. RS-RT3335) untuk beg Wonderbag*

18 a – beg Wonderbag* UNIVERSAL (Classic, Freshline, Endura ruj. WB4xxx)

b – Bag tekstil* (ruj. RS-RT2274)

Aksesori

19Hos boleh lentur dengan muncung kuasa ERGO COMFORT SILENCE

20a – Muncung ergonomik ERGO COMFORT SILENCE b – Berus terbina dalam (EASY BRUSH)

c – Suis kuasa manual (POWER CONTROL)

21Tiub teleskopik logam ERGO COMFORT SILENCE

a – Sistem pengunci muncung/tiub (LOCK SYSTEM) b– Butang pelarasan tiub (TELESCOPIC SYSTEM)

22Muncung yang sesuai untuk semua jenis lantai ERGO COMFORT SILENCE

a – Sistem pengunci tiub/muncung (LOCK SYSTEM) b – butang 2 posisi: berus dalam posisi tertarik balik untuk ambal dan permaidani/ berus dalam

posisi ke hadapan untuk lantai parket dan licin.

23Alat krevis teleskopik*

24Muncung upholsteri*

25Muncung parket segi empat tepat*

26Muncung parket DELTA*

27Berus turbo (Turbobrush)*

28Berus turbo (Mini turbobrush*)

*Bergantung pada model: sama ada kelengkapan khusus untuk model tertentu atau boleh didapati sebagai aksesori pilihan. 11

Page 15
Image 15
Tefal TW583388 manual Arahan Keselamatané, Keterangan