MS

SEBELUM MENGGUNAKAN BUAT PERTAMA KALI

1 • Membuka bungkusan

Keluarkan peralatan anda dan buang semua pelekat yang tidak dikehendaki, Simpan borang jaminan dan baca arahan dengan teliti sebelum menggunakan peralatan anda buat pertama kali.

2 • Nasihat dan langkah beringat-ingat

Setiap kali sebelum menggunakan, kord kuasa hendaklah dirungkai sepenuhnya.

Jangan menyekatnya dan jangan benarkannya bergesel dengan sisi tajam.

Jika anda menggunakan sambungan elektrik, periksa yang ianya berada dalam keadaan yang baik dan sesuai dengan kuasa pembersih vakum anda. Jangan sesekali mencabut palam dengan menarik kord kuasa.

Jangan mengendalikan pembersih vakum tanpa beg di dalamnya dan tanpa sistem penapisannya (kaset).

Untuk ketenangan anda, pembersih vakum anda dilengkapi

dengan dua sistem pemeriksaan keselamatan: untuk beg (13 & 14) dan untuk kaset penapisan HEPA* (16).

Jangan menggerakkan pembersih vakum dengan menarik kord kuasa, peralatan hendaklah digerakkan dengan menggunakan pemegangnya. Jangan menggunakan kord kuasa untuk mengangkat peralatan.

Matikan dan cabut palam pembersih vakum anda setiap kali anda selesai menggunakannya. Sentiasa matikan dan cabut palam pembersih vakum anda sebelum menyenggara atau membersihkannya.

Hanya gunakan beg dan penapisTefal atau Wonderbag yang asli. Hanya gunakan aksesori Tefal yang asli. Periksa yang semua penapis berada di tempat yang betul.

Jika anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori dan penapis pembersih hampagas ini, sila hubungi khidmat pelanggan Tefal (anda boleh mendapatkan butiran untuk menghubungi mereka di halaman terakhir).

MENGGUNAKAN PERALATAN

1 • Memasang elemen-elemen peralatan

Tolak hos boleh lentur ke dalam salur masuk vakum (Gambarajah 1) dan pusingkannya sehingga ia dikunci. Untuk mengeluarkannya, pusing ke arah bertentangan dan tarik.

Tolak tiub teleskopik logam ke dalam hujung muncung kuasa sehingga anda mendengar bunyi ‘klik’ untuk mengunci (Gambarajah 2)(untuk melepaskannya, tolak butang kunci pada tiub dan keluarkannya).

Tolak muncung untuk semua jenis lantai (22) tiub teleskopik logam ke dalam hujung muncung kuasa sehingga anda mendengar bunyi ‘klik’ untuk mengunci (Gambarajah 3)(untuk melepaskannya, tolak butang kunci pada tiub dan keluarkannya).

Selaraskan tiub logam teleskopik ke panjang yang dikehendaki dengan menggunakan sistem teleskopik (SISTEM TELESKOPIK) (Gambarajah.4)

Pasangkan aksesori yang sesuai kepada hujung tiub teleskopik logam atau muncung kuasa:

-Untuk ambal dan permaidani: gunakan muncung untuk semua jenis lantai dalam posisi muncung berus tertarik balik atau Berus turbo* (Turbobrush*) (fiber dan bulu binatang).

-Untuk lantai parket dan licin. gunakan muncung untuk semua jenis lantai dalam posisi ke hadapan atau, untuk hasil yang lebih bagus, gunakan muncung parket *.

-Untuk sudut dan kawasan sukar dicapai: gunakan alat krevis teleskopik *.

-Untuk perabot dan permukaan yang mudah rosak: gunakan berus yang terbina dalam muncung kuasa (EASY BRUSH) atau muncung upholsteri *.

PENTING Jangan sesekali mengendalikan pembersih vakum anda tanpa begnya atau tanpa sistem penapisnya (kaset).

PENTING Sentiasa mematikan dan cabut palam pembersih vakum anda sebelum menukar aksessori.

TIP-TIP KESELESAAN

Rangkaian aksesori ERGO COMFORT SILENCE Selesa untuk digunakan, rangkaian ERGO COMFORT SILENCE telah direka untuk menjadikan penggunaan pembersih vakum anda pengalaman yang lebih mudah dan lebih menyeronokkan.

Supaya anda boleh kekal berdiri tegak dan mengelak daripada membongkokkan badan, memastikan anda:

1.Selaraskan panjang tiub teleskopik logam ERGO COMFORT SILENCE untuk disesuaikan dengan susuk badan anda (Gambarajah 5).

2.Letakkan tangan kedua anda di hadapan pemegang muncung kuasa ERGO COMFORT SILENCE (Gambarajah 6).

2 • Masukkan palam kord kuasa ke soket dan hidupkan peralatan

Rungkaikan kord kuasa sepenuhnya, masukkan palam pembersih vakum anda ke soket dan tekan butang On/Off (Gambarajah 7).

Catatan: anda boleh menggunakan pembersih vakum anda dalam posisi melintang (posisi gelongsor) dan juga posisi menegak, terutamanya semasa anda memvakum tangga atau membersihkan habuk daripada langsir.

*Bergantung pada model: sama ada kelengkapan khusus untuk model tertentu atau boleh didapati sebagai aksesori pilihan. 12

Page 16
Image 16
Tefal TW583388 manual Sebelum Menggunakan Buat Pertama Kali, Menggunakan Peralatan