Tefal TW583388 manual Penyelesai Masalah, Jaminan

Models: TW583388

1 26
Download 26 pages 3.77 Kb
Page 18
Image 18

MS

Masukkan kaset penapis HEPA* yang baru ke dalam ruangnya (Gambarajah 29)

Masukkan semula alat menyokong beg ke dalam ruangnya (Gambarajah 19).

Pastikan kaset penapis HEPA* diletakkan dalam kedudukan yang betul sebelum menutup penutup.

Letakkan semula kaset penapis HEPA* ke dalam ruangnya (Gambarajah 32).

Letakkan semula alat menyokong beg dengan beg sintetik* ke dalam ruang beg.

Pastikan kaset penapis HEPA* diletakkan dalam kedudukan yang betul sebelum menutup penutup.

3 • Membersihkan kaset penapis HEPA* (ruj. RS-RT3335*) (untuk peralatan yang didatangkan dengan beg sintetik*)

PENTING ! Prosedur pembersihan ini hanyalah untuk kaset penapis HEPA ruj. RS-RT3187*.

Kaset penapis HEPA ruj. RS-RT3187* boleh didapati dari semua kedai peruncitan dan di Pusat Khidmat yang diluluskan.

Buka penutup pembersih vakum anda (Gambarajah 14). Keluarkan alat sokongan beg dari ruang beg (Gambarajah 20), kemudian keluarkan kaset penapis HEPA* (Gambarajah 30).

Ketuk kaset penapis HEPA* atas tong sampah (Gambarajah 31).

PENTING Jangan sesekali menggunakan pembersih vakum tanpa kaset penapis HEPA.

Untuk ketenangan anda, pembersih vakum anda dilengkapi dengan sistem keselamatan yang memberitahu anda bahawa terdapat kaset penapis HEPA di dalamnya (penutupnya tidak akan dapat ditutup sehingga anda memasukkan kaset penapis HEPA ke dalamnya).

4 • Membersihkan pembersih vakum anda

Lap badan peralatan dan aksesori dengan kain lembut (Gambarajah 33). Jangan menggunakan bahan cuci, produk kimia atau melelas.

PENYELESAI MASALAH

PENTING: Sebaik saja anda mendapati pembersih vakum anda tidak berfungsi dengan dengan baik seperti yang sepatutnya dan sebelum menjalankan sebarang pemeriksaan, matikannya dengan menggunakan butang On/Off.

Jika pembersih vakum anda tidak dapat dihidupkan

Peralatan tidak mempunyai sebarang kuasa: pastikan palam peralatan dimasukkan ke soket dengan betul.

Jika pembersih vakum anda tidak mempunyai kuasa sedutan

Aksesori atau hos boleh lentur tersumbat: kumbah aksesori atau hos boleh lentur.

Penutup tidak boleh ditutup dengan betul: periksa kedudukan beg, alat menyokong beg dan kaset penapis HEPA* dan tutup penutup.

Jika pembersih vakum anda mempunyai kuasa sedutan yang kurang, berbunyi bising, bersiut

Aksesori atau hos boleh lentur tersumbat separuh: kumbah aksesori atau hos boleh lentur.

Beg telah penuh atau tepu dengan habuk halus: Gantikan beg Wonderbag* (18a) atau kosongkan beg sintetik* (18b)

Sistem penapisan telah tepu: Tukar kaset penapis HEPA* (ruj RS- RT3335*) dan masukkannya semula ke dalam bekasnya atau bersihkan kaset penapis HEPA* (ruj RS-RT3187*) seperti yang ditunjukkan dalam prosedur.

Suis kawalan kuasa mekanikal (20c) terbuka: tutup suis kuasa manual boleh diselaras muncung kuasa.

Jika lampu penukaran beg kekal Merah

Beg telah tepu: Gantikan beg Wonderbag* (18a) atau kosongkan beg sintetik* (18b).

Jika penutup tidak boleh ditutup (sensor kehadiran 13,14,16)

Pastikan yang alat sokongan beg telah dimasukkan beserta dengan beg dan ianya diletakkan dengan betul.

Pastikan yang kaset penapis HEPA* telah dimasukkan atau ianya diletakkan dengan betul.

Jika muncung sukar digerakkan

Kurangkan kuasa dengan membuka suis kuasa manual boleh diselaras muncung kuasa (20c) atau dengan menggerakkan kawalan kuasa elektronik (9) ke posisi MIN.

Jika kord kuasa tidak digulung semula sepenuhnya

Kord kuasa semakin perlahan apabila menggulung semula: Tarik kord kuasa sekali lagi dan tekan butang gulung semula kord kuasa.

Jika masalah masih berterusan, bawa pembersih hampagas anda ke Pusat KhidmatTefal yang diluluskan atau hubungi Khidmat Pelanggan Tefal (anda boleh mendapatkan butiran untuk menghubungi di halaman terakhir).

JAMINAN

Peralatan ini telah direka untuk kegunaan domestik sahaja; pengilang tidak akan bertanggungjawab sekiranya ia disalahguna atau pengguna gagal mematuhi arahan

dan jaminan akan terbatal.

Baca arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunaklan peralatan anda buat pertama kali: sebarang penggunaan peralatan yang tidak mematuhi arahan-arahan ini akan melepaskan Tefal daripada sebarang liabiliti

*Bergantung pada model: sama ada kelengkapan khusus untuk model tertentu atau boleh didapati sebagai aksesori pilihan. 14

Page 18
Image 18
Tefal TW583388 manual Penyelesai Masalah, Jaminan