Selaraskan kuasa sedutan:

menggunakan kawalan kuasa elektronik (Gambarajah 8) :

• Posisi

(MIN) untuk memvakum fabric mudah rosak

 

(langsir net, tekstil).

Posisi (Medium) untuk tujuan vakum harian untuk semua jenis lantai, yang hanya sedikit kotor.

Posisi (MAX) untuk memvakum lantai keras serta ambal

dan permaidani yang amat kotor.

dengan suis muncung kuasa manual :

buka penutup kawalan kuasa bagi mengurangkan kuasa sedutan secara manual dan mengelakkan muncung “melekat” pada permukaan yang telah divakum (Gambarajah 9) cth: langsir net, permukaan mudah rosak...

MS

3 • Menyimpan dan mengalih pembersih vakum anda

Selepas mengguna, matikan pembersih vakum anda dengan menekan suis On/Off dan mecabut palam (Gambarajah 10). Gulung semula kord kuasa dengan menekan butang gulung semula kod kuasa (Gambarajah 11). Dalam posisi menegak, letakkan muncung ke posisi meletak untuk menyimpan (Gambarajah 12).

Ini membolehkan anda untuk mengalih dan menyimpan pembersih vakum anda apabila ia berada dalam posisi meletak untuk menyimpan (Gambarajah 13).

MEMBERSIH DAN MENYENGGARA

Udara yang kita sedut mengandungi partikel yang mungkin adalah alergen: larva dan najis hama, kulat, debunga, asap dan bahan buangan binatang (bulu, kulit, air liur, air kencing). Partikel-partikel yang paling kecil meresap jauh ke dalam sistem pernafasan dan partikel-partikel tersebut boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan paru-paru. Penapis HEPA (Penapis Udara Berzarah Kecekapan Tinggi) digunakan untuk menapis partikel-partikel paling kecil. Dengan penapis HEPA,udara yang dilepaskan kembali ke dalam bilik adalah lebih sihat daripada udara yang divakum.

PENTING Sentiasa mematikan dan cabut palam pembersih vakum anda sebelum membaikinya.

1 • Menukar beg

Lampu penukaran beg memberitahu anda yang beg telah penuh atau tepu. Jika anda mendapati pembersih vakum anda tidak berfungsi dengan baik sebagaimana yang sepatutnya, naikkan kuasa ke maksimum dan angkat sedikit muncung dari lantai. Jika lampu kekal merah, ganti beg.

a) Jika pembersih vakum anda dilengkapi dengan Wonderbag* (18a) :

PENTING Beg Wonderbag* UNIVERSAL (Classic,Freshline, Endura ruj. WB4xxx) boleh didapati dari kedai peruncitan dan di Pusat Khidmat yang Diluluskan.

Buka penutup pembersih vakum anda (Gambarajah 14). Keluarkan alat menyokong beg dari ruang beg (Gambarajah 15). Keluarkan beg Wonderbag* daripada alat menyokong beg (Gambarajah 16).

PENTING Beg Wonderbag* COMPACT tidak boleh digunakan untuk peralatan ini. Menggunakannya boleh merosakkan pembersih hampagas dan boleh membatalkan jaminan peralatan ini.

Buang beg Wonderbag* (Gambarajah 17).

Letakkan beg Wonderbag* yang baru pada alat menyokong beg menggunakan gelungnya (Gambarajah 18).

Letakkan alat menyokong beg ke dalam ruang beg dan masukkan beg ke dalam ruang tersebut (Gambarajah 19).

Pastikan beg diletakkan dalam kedudukan yang betul sebelum menutup penutup.

b)Jika pembersih vakum anda dilengkapi dengan beg (tekstil) sintetik * (18b) :

Beg sintetik* (ruj.RS-RT2274) boleh didapati dari Pusat Khidmat yang Diluluskan.

Buka penutup pembersih vakum anda (Gambarajah 14). Keluarkan alat menyokong beg dari ruang beg (Gambarajah 20). Keluarkan beg sintetik* daripada alat menyokong beg (Gambarajah 21).

Buka beg sintetik * menggunakan zip (Gambarajah 22) kemudian buang isinya ke dalam tong sampah (Gambarajah 23).

Pastikan ianya dizip sepenuhnya sekali lagi sebelum memasukkannya semula ke dalam beg (Gambarajah 24). Letakkan beg sintetik * pada alat sokongan beg menggunakan pemegang kadbodnya (Gambarajah 25), letakkan alat menyokong beg ke dalam ruang beg dan masukkan beg ke dalam ruang (Gambarajah 26).

Pastikan beg diletakkan dalam kedudukan yang betul sebelum menutup penutup.

PENTING Jangan sesekali mengendalikan pembersih vakum tanpa beg.

Untuk ketenangan anda, pembersih vakum anda dilengkapi dengan sistem keselamatan yang memberitahu anda bahawa terdapat beg di dalamnya (penutupnya tidak akan dapat ditutup sehingga anda memasukkan beg ke dalamnya).

2 • Menukar kaset penapis HEPA* (ruj. RS-RT3335*) (untuk semua peralatan yang dilengkapi dengan beg Wonderbag*)

PENTINGTukar sistem penapisan sekali pada setiap tahun.

Kaset penapis HEPA ruj. RS-RT3335* boleh didapati dari semua kedai peruncitan dan di Pusat Khidmat yang diluluskan.

Buka penutup pembersih vakum anda (Gambarajah 14). Keluarkan alat sokongan beg dari ruang beg (Gambarajah 15), kemudian keluarkan kaset penapis HEPA* (Gambarajah 27) dan buang kaset ke dalam tong sampah (Gambarajah 28).

*Bergantung pada model: sama ada kelengkapan khusus untuk model tertentu atau boleh didapati sebagai aksesori pilihan. 13

Page 17
Image 17
Tefal TW583388 manual Membersih DAN Menyenggara, Menyimpan dan mengalih pembersih vakum anda