GB CN CN JA KO TH MA

6.Menghidupkan dan mematikan set kepala anda

Tekan butang jawab/tamat untuk menghidupkan set kepala anda.

Tekan dan tahan butang jawab/tamat untuk mematikan set kepala anda.

7.Berpasangan dengan telefon anda

Sebelum anda menggunakan Jabra BT135 anda, anda perlu memasangkannya dengan telefon bimbit anda. (Ikuti langkah 1-4 dalam rajah 3).

1.Letakkan set kepala dalam mod berpasangan

Pastikan set kepala dimatikan.

Tekan dan tahan butang jawab/tamatsehingga lampu biru terang menyala.

2.Tetapkan telefon Bluetooth anda untuk ‘menemui’ Jabra BT135 Ikuti panduan arahan telefon anda. Biasanya, ini bererti pergi ke menu ‘persediaan’, ‘sambung’, atau ‘Bluetooth’ yang ada pada telefon anda dan memilih opsyen untuk ‘mengenali’ atau ‘menambah’ peranti Bluetooth.*

(Lihat contoh daripada telefon bimbit biasa dalam rajah 3)

3.Telefon anda akan mencari Jabra BT135

Telefon anda akan bertanya sama ada anda hendak berpasangan dengannya. Terima dengan menekan ‘Ya’ atau ‘OK’ pada telefon dan sahkan dengan kunci laluan atau PIN = 0000 (4 sifar). Telefon anda akan memberi pengesahan apabila proses berpasangan telah selesai. Jika berpasangan tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 3.

8. Pakailah sebagaimana yang anda suka

Jabra BT135 sedia untuk dipakai di telinga kanan anda. Jika anda lebih suka memakainya di sebelah kiri, secara perlahan-lahan tarik keluar cangkuk telinga, putarkan cangkuk telinga sebanyak 180° dan masukkan. (Lihat rajah 4). Cangkuk telinga boleh dilaras untuk padanan lebih selesa pada telinga

- tekan sisi di bahagian belakangnya untuk padanan yang lebih selesa.

Jabra BT135 anda boleh diperibadikan dengan menukar penutup ketap. Untuk menukar penutup, secara perlahan-lahan tarik keluar penutup dari bahagian depan set kepala. Masukkan penutup baru dengan memasangnya di atas soket pengecasan. (Lihat rajah 5).

Untuk prestasi optimum, pakailah BT135 dan telefon bimbit anda di bahagian badan yang sama atau dalam garis penglihatan. Pada umumnya, anda akan mendapat prestasi yang lebih baik apabila tiada halangan di antara set kepala dan telefon bimbit anda. (Lihat rajah 6).

9. Cara untuk...

Menjawab panggilan

Ketik butang jawab/tamat pada set kepala untuk menjawab panggilan.

Menamatkan panggilan

Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif.

Membuat panggilan

Apabila anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan tersebut akan (tertakluk kepada tetapan telefon) akan berpindah secara automatik ke set kepala anda. Jika telefon anda tidak menyokong fungsi ini, ketik pada butang jawab/tamat pada Jabra BT135 untuk menerima panggilan dalam set kepala.

Menolak panggilan*

Tekan butang jawab/tamat apabila telefon berdering untuk menolak panggilan masuk. Bergantung pada tetapan telefon anda, orang yang memanggil anda sama ada akan dimajukan ke mel suara anda atau mendengar isyarat sibuk.

Mengaktifkan dailan suara*

Ketik butang jawab/tamat. Untuk hasil yang terbaik, rakam teg dailan suara melalui set kepala anda jika telefon tersebut membenarkan anda melakukan sedemikian. Sila rujuk manual pengguna telefon anda untuk maklumat lanjut tentang penggunaan ciri ini.

Mendail semula nombor terakhir*

Tekan butang jawab/tamat.

Melaraskan bunyi dan kelantangan

Tekan tambahkan atau kurangkan kelantangan (+ atau -) untuk melaraskan kelantangan.

Panggilan menunggu dan menunda panggilan*

Ini membolehkan anda menunda panggilan ketika dalam perbualan dan menjawab panggilan menunggu.

Tekan butang jawab/tamat sekali untuk menunda panggilan aktif dan menjawab panggilan menunggu.

Tekan butang jawab/tamat untuk bertukar antara kedua-dua panggilan.

Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan yang aktif.

*Bergantung pada telefon

GB CN CN JA KO TH MA

60

RELEASE YOUR JABRA

Jabra BT135 Bluetooth headset

61

 

 

Page 33
Image 33
Lennox Hearth BT135 specifications Menghidupkan dan mematikan set kepala anda, Berpasangan dengan telefon anda, Cara untuk