GB CN CN JA KO TH MA

10. Apa yang dimaksudkan oleh lampu- lampu berikut

Apa yang anda lihat

Apa ertinya ini mengenai set kepala anda

Lampu biru berkelip

Berkelip setiap saat: aktif dalam panggilan

Lampu biru berkelip

Berkelip setiap tiga saat: dalam mod tunggu sedia

Lampu biru berkelip

Kuasa bateri semakin rendah

Lampu biru terang

Mengecas

Lampu biru terang

Dalam mod berpasangan – lihat bahagian 7

 

 

11. Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)

Saya terdengar bunyi gemeresik

Untuk kualiti audio yang terbaik, sentiasa pakai set kepala di bahagian badan yang sama dengan telefon bimbit anda.

Saya tidak dapat mendengar apa-apa di set kepala saya

Tambahkan kelantangan pada set kepala.

Pastikan bahawa set kepala berpasangan dengan telefon.

Pastikan bahawa telefon bersambung dengan set kepala – jika ia tidak bersambung, sambungkan sama ada dari menu Bluetooth telefon atau dengan mengetik butang jawab/tamat, ikuti prosedur berpasangan (Lihat bahagian 7).

Saya menghadapi masalah sambungan

Anda mungkin telah terpadam sambungan berpasangan set kepala anda dan dalam telefon bimbit anda. Ikuti arahan berpasangan dalam bahagian 7.

Adakah Jabra BT135 dapat berfungsi dengan peralatan Bluetooth yang lain?

Jabra BT135 telah direka bentuk untuk berfungsi dengan telefon bimbit Bluetooth. Ia juga boleh berfungsi dengan peranti Bluetooth lain yang serasi dengan Bluetooth versi 1.1, 1.2 atau 2.0 dan menyokong set kepala dan/atau profil bebas tangan.

Saya tidak dapat menggunakan Tolak panggilan, tunda panggilan, dail semula atau dailan suara

Fungsi-fungsi tersebut bergantung pada sokongan telefon anda. Sila semak manual telefon anda untuk butiran lanjut

12. Perlukan bantuan lanjut?

1.Web: www.Jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam talian terkini)

2.Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat

Nombor Bebas Tol:

Australia:

1-800-083-140

(10:00 – 19:00)

China:

800-858-0789

(08:00 – 19:00)

Hong Kong:

800-968-265

(08:00 – 17:00)

Indonesia:

001-803-852-7664

(08:00 – 17:00)

Jepun:

0034-800-400-594

(09:00 – 18:00)

Malaysia:

1800-812-160

(08:00 – 17:00)

New Zealand:

0800-447-982

(12:00 – 21:00)

Singapura:

800-860-0019

(08:00 – 17:00)

Taiwan:

0080-186-3013

(08:00 – 19:00)

India:

000-800-852-1185

(05:30 – 14:30)

Filipina:

1800 765 8068

(08:00 – 17:00)

13. Menjaga set kepala anda

Sentisa simpan Jabra BT135 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan selamat.

Elakkan disimpan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/113°F – termasuk sinaran langsung matahari – atau di bawah -10°C/14°F). Ini boleh memendekkan hayat bateri dan mungkin menjejas pengoperasiannya. Suhu tinggi mungkin boleh juga menurunkan ?? prestasinya.

Jika terdedah kepada air atau cecair lain, peranti patut dibersihkan dari sebarang kesan air.

14. Waranti

Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan pembuatan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal. Syarat-syarat waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:

Waranti adalah terhad kepada pembeli asal.

Dikehendaki salinan resit atau bukti pembelian lain anda.

Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang tidak betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Tanggungjawab produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri.

GB CN CN JA KO TH MA

62

RELEASE YOUR JABRA

Jabra BT135 Bluetooth headset

63

 

 

Page 34
Image 34
Lennox Hearth BT135 Apa yang dimaksudkan oleh lampu- lampu berikut, Penyelesaian masalah & Soalan lazim FAQ, Waranti