TE_ASPIRATEUR_COMPACTEO_ERGO_903081-01_903081 03/05/12 16:09 Page29

1. CADANGAN KESELAMATAN

Untuk keselamatan anda, peralatan ini memenuhi standard dan peraturan yang boleh dikuatkuasakan (Arahan Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik, Alam Sekitar, dsb.).

Syarat-syarat Penggunaan

Pembersih hampagas anda adalah alat elektrik: ia mesti digunakan dalam keadaan penggunaan yang normal.

 

Guna dan simpan peralatan jauh daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan peralatan terpasang tanpa pen-

 

gawasan.

 

Jangan pegang penyambung alat atau tiub dekat dengan mata dan telinga anda.

 

Jangan gunakan pembersih hampagas anda pada permukaan yang basah, air atau apa juga jenis cecair,

 

bahan yang panas, bahan yang tersangat halus (plaster, simen, abu…), objek yang besar dan tajam (kaca

 

pecah), produk yang berbahaya (pelarut, pelekang cat…), bahan yang mengakis (asid, cecair pencuci…),

 

bahan yang mudah terbakar dan meletup (berasaskan petroleum atau alkohol).

 

Jangan sesekali merendamkan peralatan di dalam air, jangan merenjiskan air ke atas peralatan dan jangan me-

 

nyimpannya di luar rumah.

 

Jangan menggunakan peralatan jika ia telah jatuh dan mempunyai kerosakan yang jelas atau kelihatan seperti

 

tidak berfungsi dengan normal. Dalam keadaan ini, jangan buka peralatan, tetapi hantarkannya ke Pusat Khidmat

 

yang Diluluskan yang terdekat atau hubungi Khidmat Pelanggan Tefal (lihat maklumat untuk menghubungi mereka

MS

di halaman terakhir).

Bekalan kuasa

 

Periksa yang voltan kuasa untuk pembersih hampagas sepadan dengan bekalan kuasa pemasangan utama anda.

 

Anda boleh mendapatkan maklumat ini pada bahagian bawah peralatan.

 

Matikan dan cabut palam kuasa peralatan anda:

 

-sebaik sahaja selepas mengguna,

-setiap kali anda menukar aksesori,

-setiap kali sebelum mengendalikan pembersihan, penyenggaraan dan penukaran penapis. Jangan gunakan peralatan:

-jika kord kuasa rosak. Untuk mengelakkan bahaya, keseluruhan unit kili dan kord kuasa pembersih hampagas anda mestilah ditukar oleh Pusat Khidmat Tefal yang Diluluskan.

Pembaikan

Pembaikan harus dilakukan oleh pakar dengan barang ganti yang asli.

Membaiki sendiri peralatan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

2.PENERANGAN

1.a - Meletak untuk menyimpan secara melintang b - Meletak untuk menyimpan secara menegak

2.Pedal On/Off

3.Pengatur kuasa elektronik*

4.Pedal penggulung kord

5.Lampu beg penuh

6.Grid saluran keluar udara

7.a - Pemegang untuk membawa secara menegak b - Pemegang melintang mudah alih untuk mem-

bawa

8.Ruang beg

9.Penutup

10.Bukaan penyedut

11.a - Sisip pembuka tutup

b - Pengesan kehadiran beg

12.Grid pelindung motor

13.Penapis mikro * (ruj. RS-RT9659)

14.a - Kaset penapis HEPA* (ruj. RS-RT900036), sesuai untuk beg kertas*

b - Kaset penapis HEPA* (ruj. RS-RT900034), sesuai untuk beg tekstil*

Pembersih hampagas anda dilengkapi dengan sama ada penapis mikro* atau kaset penapis HEPA*

15.Sokongan beg untuk Wonderbag Compact* (17c),beg kertas* (17a) atau beg tekstil* (17b)

16.Pelari sokongan beg

* Mengikut model: Sistem-sistem ini adalah khusus untuk model-model tertentu atau adalah aksesori yang boleh

29

didapati sebagai pilihan.