TE_ASPIRATEUR_COMPACTEO_ERGO_903081-01_903081 03/05/12 16:09 Page32

b) Jika pembersih hampagas anda dilengkapi dengan beg tekstil*:

Keluarkan alat menyokong beg (15) dari ruang beg (8) – gambarajah 16a, kemudian keluarkan beg tekstil* (17a) daripada sokongannya dengan menggelongsorkannya di sepanjang pelari (16) – gambarajah 16b.

Buka beg dengan zip – gambajah 16c, kemudian buang isinya ke dalam tong sampah – gambarajah 16d. Bersihkan beg dibawah aliran air – gambarajah 16e.

Biarkannya kering untuk sekurang-kurangnya 24 jam (letakkan beg tersebut ke tempatnya semula hanya setelah ia kering sepenuhnys) – gambarajah 16f.

Tutup semula beg tekstil: pastikan zip telah ditutup sepenuhnya – gambarajah 16g – sebelum meletakkan semula beg ke dalam peralatan.

Letakkan semula beg tekstil ke dalam alat menyokong beg – gambarajah 16h.

Pastikan yang beg dan alat menyokong beg (15) diletakkan dengan betul sebelum menutup penutup (9).

Tukar penapis mikro* (ruj: RS-RT9659)

Pembersih hampagas anda dilengkapi dengan beg kertas. Tukar penapis mikro* RS-RT9659 setiap kali se- lepas penukaran beg ke-6.

Buka penutup (9) pembersih hampagas anda- gambarajah 14. Keluarkan grid pelindung motor (12) – gambarajah 17a.

Keluarkan penapis mikro* (13) – gambarajah 17b, dan biarkan grid pelindung motor (12). Buang penapis mikro* (13) ke dalam tong sampah – gambarajah 17c.

Letakkan penapis mikro* (13) yang baru pada grid pelindung motor (12) – gambarajah 17d. Letakkan pin ke dalam takuk – gambarajah 17d.

Kunci grid pelindung motor (12) – gambarajah 17e.

Pastikan grid pelindung motor (12) diltetakkan dengan betul sebelum menutup penutup (9).

Tukar kaset penapis HEPA* (ruj: RS-RT900036) sesuai untuk beg kertas dan wonderbag compact

Penting: Tukar kaset penapis HEPA* RS-RT900036 setiap 6 bulan (bergantung kepada kekerapan penggu- naan).

Buka penutup (9) pembersih hampagas anda – gambarajah 14.Keluarkan kaset penapis HEPA* (14a) – gambarajah 18a – 18b. Buang kaset tersebut ke dalam tong sampah – gambarajah 18c.

Letakkan pin untuk kaset penapis HEPA yang baru ke dalam takuk – gambarajah 18d. Kunci kaset penapis HEPA* yang baru (14a) dalam bekasnya – gambarajah 18e.

Pastikan kaset penapis HEPA* (14a) diltetakkan dengan betul sebelum menutup penutup (9).

Bersihkan kaset penapis HEPA* (ruj: RS-RT900034) sesuai untuk semua beg tekstil

Sila ambil perhatian! Pengendalian pembersihan ini dikhususkan secara eksklusif untuk kaset penapis HEPA* ruj: RS-RT900034.

Buka penutup (9) pembersih hampagas anda- gambarajah 14. Keluarkan kaset penapis HEPA* (14b) – gambarajah 19a – 19b.

Buang isi kaset penapis HEPA* dengan mengetuknya perlahan ke dalam tong sampah – gambarajah 19c. Kemudian letakkannya di bawah aliran air – gambarajah 19d, dan biarkannya mongering untuk sekurang-kuran- gnya 24 jam – gambarajah 19e.

Pastikan yang kaset penapis HEPA* (14b) telah kering sepenuhnya sebelum meletakkannya semula. Letakkan pin ke dalam takuk – gambarajah 19f.

Kunci kaset penapis HEPA* (14a) dalam bekasnya – gambarajah 19g.

Pastikan kaset penapis HEPA* (14b) diltetakkan dengan betul sebelum menutup penutup (9).

Membersihkan pembersih hampagas

Lap badan pembersih hampagas dan aksesorinya dengan kain lembap, kemudian keringkan. Lap penutupnya dengan kain kering – gambarajah 20.

Jangan menggunakan bahan pencuci, sebarang produk mengakis atau melelas.

* Mengikut model: Sistem-sistem ini adalah khusus untuk model-model tertentu atau adalah aksesori yang boleh

32didapati sebagai pilihan.