TE_ASPIRATEUR_COMPACTEO_ERGO_903081-01_903081 03/05/12 16:09 Page31

Atau, pasang kedua-dua tiub* (20) dengan memusingkannya sedikit – gambarajah. 3b.

Pasang aksesori yang diingini pada hujung tiub:

-Untuk ambal dan permaidani: Gunakan penyambung alat untuk semua jenis lantai (22) dalam posisi berus tertarik

gambarajah 4.

-Untuk lantai parket dan licin: Gunakan penyambung untuk semua jenis lantai (22) dalam posisi berus – gamba- rajah 4 atau gunakan alat lantai keras* (21) secara terus.

-Untuk sudut dan kawasan yang sukar dicapai: gunakan penyambung alat slot boleh tukar ke dalam berus* (24) dalam posisi penyambung peralatan rata.

-Untuk perabot: gunakan penyambung alat slot boleh tukar ke dalam berus* (24) atau muncung perabot* (23).

PENTING Sentiasa mematikan dan cabut palam pembersih hampagas anda sebelum menukar aksesori.

Menyambung kord dan menghidupkan peralatan

Rungkaikan kord kuasa sepenuhnya, masukkan palam pembersih hampagas anda ke dalam soket – gambarajah 6 dan tekan pedal On/Off (2) – gambarajah 7.

Tetapkan kuasa sedutan:

-menggunakan pengatur kuasa elektronik* (3): hidupkan suis pada pengatur elekronik* untuk menetapkan kuasa sedutan. ke arah posisi maksimum untuk lantai dan posisi minimum untuk perabot dan fabrik mudah rosak – gam- barajah 8.

- dengan pengatur kuasa mekanikal pada pemegang: buka gelungsur pada pemegang untuk mengurangkan kuasa MS sedutan secara manual, cth.: pada permukaan mudah rosak... - gambarajah 9.

Menyimpan dan mengalihkan peralatan

Selepas menggunakan, matikan pembersih hampagas anda dengan menekan pedal On/Off (2) dan mencabut pa- lamnya. Gulung kord kuasa dengan menekan pedal penggulung kord (4) – gambarajah 11.

Secara menegak, letakkan penyambung alat (22) ke dalam bekasnya di bawah peralatan (1b) – gambarajah 12. Secara melintang, letakkan penyambung alat (22) ke dalam bekasnya di bahagian belakang peralatan (1b) – gamba- rajah 13.

Angkat pembersih hampagas anda dengan mudah menggunakan pemegang untuk mengangkatnya (7a atau 7b).

5. MEMBERSIH DAN MENYENGGARA

Penting: Sentiasa matikan dan cabut palam pembersih hampagas anda sebelum menyenggara atau mem- bersih.

Menukar beg

Lampu beg penuh (5) menunjukkan yang beg telah penuh atau tepu Jika anda mendapati peralatan anda kurang berkesan, tetapkannya kepada kuasa yang maksimum dan pegang muncung sedikit atas daripada permukaan. Jika lampu kekal merah, ganti beg.

Keluarkan hos boleh lentur (18) dari bukaan penyedut (10) – gambarajah 2. Buka penutup (9) pembersih hampagas anda- gambarajah 14.

a) Jika pembersih hampagas anda dilengkapi dengan beg kertas* (17a) atau Wonderbag Compact* (17c):

Keluarkan sokongan beg (15) dari ruang beg (8) – gambarajah 15a, kemudian keluarkan beg kertas* (17a) atau Wonderbag Compact* (17c) daripada sokongannya dengan menggelongsorkannya di sepanjang pelari (16) – gam- barajah 15b.

Buang beg kertas* atau Wonderbag Compact* ke dalam tong sampah – gambarajah 15c. Letakkan beg kertas* yang baru atau Wonderbag Compact* yang baru pada alat menyokong – gambarajah 15d.

Letakkannya ke dalam ruang – gambarajah 15e.

Pastikan yang beg dan alat menyokong beg (15) diletakkan dengan betul sebelum menutup penutup (9).

* Mengikut model: Sistem-sistem ini adalah khusus untuk model-model tertentu atau adalah aksesori yang boleh

31

didapati sebagai pilihan.