tidak menggunakannya.. Jangan tinggalkan bateri yang dicaskan sepenuhnya bersambung kepada pengecas, kerana pengecasan berlebihan mungkin akan memendekkan jangka hayatnya..

-Jika dibiarkan tanpa digunakan, bateri yang dicas sepenuhnya akan kehilangan casnya apabila masa berlalu..

-Meninggalkan produk di tempat yang panas atau sejuk, seperti dalam kereta bertutup pada keadaan panas dan sejuk, akan mengurangkan kapasiti dan hayat bateri..

-Sentiasa pastikan bateri berada pada suhu di antara 15°C dan 25°C (59°F dan 77°F).. Produk dengan bateri yang panas atau sejuk mungkin tidak akan berfungsi buat sementara waktu, walaupun ketika bateri dicas sepenuhnya.. Prestasi bateri terhad terutama sekali dalam suhu yang jauh di bawah pembekuan..

Amaran bateri!

-”Awas” – Bateri yang digunakan dalam produk ini mungkin memberikan risiko kebakaran atau kelecuran kimia jika tidak diperlakukan dengan betul..

-Jangan cuba membuka produk atau menggantikan bateri.. Ia terbina dalam dan tidak boleh ditukar.. Penggunaan bateri lain mungkin memberikan risiko kebakaran atau letupan dan waranti akan ditamatkan..

-Hanya cas semula bateri anda dengan pengecas yang diluluskan dan disediakan khusus untuk produk ini..

-Buang bateri mengikut peraturan tempatan.. Jika boleh, sila kitar semula.. Jangan buang sebagai bahan buangan isi rumah atau dalam api kerana ia mungkin meletup..

-Bateri mungkin meletup jika telah rosak..

PENJAGAAN PENGECAS:

-Jangan cuba mengecas pembesar suara telefon anda dengan apa jua alat selain daripada penyesuai AC yang disediakan.. Penggunaan sebarang jenis lain boleh merosakkan atau memusnahkan pembesar suara telefon dan boleh menjadi bahaya.. Penggunaan pengecas lain mungkin mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti.. Untuk ketersediaan peningkatan yang diluluskan, sila semak dengan pengedar anda..

-Caskan produk mengikut arahan yang dibekalkan dengan produk..

bahasa inggeris

Jabra SP200

14

Page 508
Image 508
Jabra SP200 user manual Penjagaan Pengecas, Amaran bateri, Caskan produk mengikut arahan yang dibekalkan dengan produk