37
Bahasa Melayu
Paparkan kod DivX VOD: tekan , dan pilih [Persediaan] > [Lanjutan] > [Kod VOD DivX®].
sari kata DivX
Tekan SUBTITLE untuk memilih bahasa.
Jika sari kata tidak terpapar dengan betul, tukar set aksara yang menyokong sari kata DivX. Pilih
set aksara: tekan , dan pilih [Set Aksara].
Set aksara Bahasa
[Standard] Inggeris, Albania, Denmark, Belanda, Finland, Perancis, Gaelic, Jerman,
Itali, Kurdistan (Latin), Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden dan Turki
[Bahasa China] Cina Mudah
[Bahasa China-Tradisional] Cina Tradisional
[Bahasa Korea] Inggeris dan Korea
Catatan
Untuk memainkan fail yang dilindungi DivX DRM daripada peranti storan USB, sambung pemain ini kepada
TV melalui HDMI.
Untuk menggunakan sari kata, pastikan fail sari kata mempunyai nama yang sama dengan fail video DivX.
Misalnya, jika video DivX dinamakan “movie.avi”, simpan fail sari kata sebagai “movie.srt” atau “movie.sub.
Pemain ini dapat memainkan fail sari kata dalam format berikut: .srt, .sub, .txt, .ssa, dan .smi.

fail RMVB atau RM

Anda boleh memainkan fail RMVB atau RM daripada cakera atau peranti storan USB.
Fail Real Media Variable Bitrate (RMVB) dan RealMedia (RM) mengandungi kedua-dua audio dan video.
Anda boleh menyalin fail RMVB atau RM daripada komputer anda ke dalam cakera boleh rakam atau
peranti storan USB. Dan mainkannya daripada pemain ini.
Catatan
Pastikan bahawa sambungan fail adalah “.RMVB” atau “.RM”.

Main pertunjukan slaid muzik

Main muzik dan gambar secara serentak untuk membuat pertunjukan slaid muzik.
1 Dari cakera atau peranti storan USB yang bersambung, mainkan fail muzik.
2 Tekan , dan pergi ke folder gambar.
3 Pilih gambar dari cakera yang sama atau USB, dan tekan OK untuk memulakan tayangan slaid.
4 Tekan untuk menghentikan pertunjukan slaid.
5 Tekan sekali lagi untuk menghentikan mainan muzik.
MS-MY