46

4 Kemas kinikan perisian

Sebelum anda mengemas kini perisian pemain ini, semak versi perisian yang sedia ada:
Tekan , lalu pilih [Persediaan] > [Lanjutan] > [Maklumat Versi], dan tekan OK.
Kemas kini perisian melalui Internet
1 Sambung pemain kepada Internet (lihat “Sediakan rangkaian”).
2 Tekan , dan pilih [Persediaan].
3 Pilih [Lanjutan] > [Kemas Kini Perisian]> [Rangkaian].
»Jika peningkatan media dikesan, anda akan digesa untuk memulakan kemas kini.
4 Ikut arahan pada skrin TV untuk mengemas kini perisian.
»Apabila kemas kini perisian selesai, pemain ini secara automatik akan dimatikan dan dihidupkan
semula.
Kemas kinikan perisian melalui USB
1 Semak versi perisian yang terbaru di www.philips.com/support.
Cari model anda dan klik pada “Perisian dan pemacu”.
2 Muat turun perisian ke dalam peranti storan USB.
a Nyahzip fail yang dimuat turun, dan pastikan folder yang dinyahzip diberi nama “UPG_
ALL”.
b Letakkan folder “UPG_ALL” dalam direktori induk.
3 Sambung peranti storan USB pada penyambung (USB) pada pemain ini.
4 Tekan , dan pilih [Persediaan].
5 Pilih [Lanjutan] > [Kemas Kini Perisian]> [USB].
»Jika naik taraf media dikesan, anda akan digesa untuk memulakan kemas kini.
6 Ikut arahan pada skrin TV untuk mengemas kini perisian.
»Apabila kemas kini perisian selesai, pemain ini secara automatik akan dimatikan dan dihidupkan
semula.
Awas
Jangan matikan bekalan kuasa atau tanggalkan peranti storan USB semasa kemas kini perisian sedang
dijalankan kerana anda mungkin boleh merosakkan pemain ini.
MS-MY