50
Pastikan TV dialihkan ke input sumber yang betul bagi pemain ini.
Tiada output audio daripada pembesar suara pada peranti audio luaran (teater rumah atau
amplier).
Pastikan kabel audio disambung ke input audio pada peranti audio.
Alihkan peranti audio luaran kepada input sumber audio yang betul.
Tiada bunyi pada sambungan HDMI.
Anda mungkin tidak mendengar sebarang bunyi daripada output HDMI jika peranti yang
bersambung tidak mematuhi HDCP atau hanya serasi DVI.
Tiada output audio kedua untuk ciri gambar dalam gambar.
Apabila [Strim Bit] di bawah menu [Audio HDMI] atau [Audio Digital] dipilih, bunyi interaktif
seperti bunyi kedua bagi ciri gambar dalam gambar akan dibisukan. Nyahpilih [Strim Bit].

Main

Tidak dapat memainkan cakera.
Bersihkan cakera.
Pastikan bahawa cakera dimuat dengan betul.
Pastikan bahawa pemain ini menyokong cakera. Lihat “Spesikasi”.
Pastikan bahawa pemain ini menyokong kod rantau DVD atau BD.
Bagi DVD±RW atau DVD±R, pastikan cakera telah dimuktamadkan.
Fail video DivX tidak dapat dimainkan.
Pastikan fail video DivX lengkap.
Pastikan nama sambungan fail video adalah betul.
Untuk memainkan fail yang dilindungi DivX DRM daripada peranti storan USB, sambung pemain
ini kepada TV melalui HDMI.
Sari kata DivX tidak dipaparkan dengan betul.
Pastikan fail sari kata mempunyai nama fail yang betul-betul sama dengan fail video DivX.
Pastikan bahawa fail sari kata mempunyai nama sambungan yang disokong oleh pemain ini (.srt,
.sub, .txt, .ssa, or .smi).
Tidak dapat membaca kandungan storan USB yang bersambung.
Pastikan bahawa format peranti storan USB serasi dengan pemain ini.
Pastikan bahawa sistem fail pada peranti storan USB disokong oleh pemain ini.
Bagi HDD USB (cakera pemacu keras mudah alih), sumber kuasa luaran mungkin diperlukan.
Tanda ‘Tiada entri’ atau ‘x’ muncul pada TV.
Operasi tidak boleh dijalankan.
Ciri EasyLink tidak berfungsi.
Pastikan bahawa pemain ini disambungkan ke TV EasyLink jenama Philips, dan pilihan EasyLink
dihidupkan (lihat “Gunakan pemain cakera/ DVD Blu-ray anda” > “Gunakan Philips EasyLink).
Saya tidak dapat mengakses ciri BD-Live.
Pastikan bahawa pemain ini disambungkan kepada rangkaian (lihat “Gunakan cakera Blu-ray/
pemain DVD anda” > “Sediakan rangkaian”).
MS-MY