52

7 Notis keselamatan penting

Baca dan fahami semua arahan sebelum anda menggunakan cakera Blu-ray/ pemain DVD ini. Jika
kerosakan terjadi disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan, jaminan tidak dikenakan.

Keselamatan

Risikokejutanelektrikataukebakaran!
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan aksesori kepada hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan
bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan produk. Jika cecair tertumpah pada atau ke dalam
produk, putuskan sambungan dengan alur keluar kuasa dengan serta merta. Hubungi Penjagaan
Pelanggan Philips agar produk diperiksa sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan aksesori berhampiran nyalaan terbuka atau sumber haba
lain, termasuk cahaya matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada teater
rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Putuskan sambungan produk daripada alur keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan bukan kabelnya.
Risikolitarpintasataukebakaran!
Sebelum anda menyambungkan produk kepada alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan kuasa
sepadan dengan nilai yang dicetak di belakang atau bahagian bawah produk tersebut. Jangan
sekali-kali sambungkan produk kepada alur keluar kuasa jika voltannya berbeza.
Risikokecederaanataukerosakanterhadapproduk!
Sinaran laser boleh nampak dan tak nampak apabila dibuka. Elakkan pendedahan kepada
pancaran.
Jangan sentuh kanta optik cakera di dalam petak cakera.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau sebarang objek pada kord kuasa atau kelengkapan
elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah 5°C, buka bungkusan produk dan tunggu sehingga
suhunya sepadan dengan suhu bilik sebelum menyambungkannya dengan alur keluar kuasa.
Risikopemanasanmelampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang sekurang-kurangnya
4 inci di sekeliling produk untuk pengalihudaraan. Pastikan langsir atau objek lain tidak menutup
slot pengalihudaraan pada produk.
Risikopencemaran!
Jangan campurkan bateri (lama dan baru atau karbon dan alkali, dll.).
Keluarkan bateri jika telah kebabisan atau jika kawalan jauh tidak akan digunakan buat tempoh
masa yang lama.
Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia hendaklah dilupuskan dengan betul.
MS-MY