54
Jangan buang produk anda dengan buangan isi rumah yang lain. Sila ambil tahu tentang peraturan
tempatan mengenai pengumpulan berasingan produk elektrik dan elektronik dan bateri. Pembuangan
produk ini dengan cara yang betul akan membantu mencegah kemungkinan akibat negatif terhadap alam
sekitar dan kesihatan manusia.
Produk anda mengandungi bateri, yang tidak boleh dibuang bersama buangan isi rumah yang biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan tempatan mengenai pengumpulan berasingan bateri. Cara membuang
bateri yang betul akan membantu mencegah kemungkinan akibat negatif terhadap alam sekitar dan
kesihatan manusia.
Sila lawati www.recycle.philips.com untuk maklumat tambahan mengenai pusat kitaran semula di
kawasan anda.

Hak cipta

Produk ini mengandungi teknologi perlindungan hak cipta yang dilindungi oleh paten A.S. dan hak harta
intelek lain Rovi Corporation. Kejuruteraan undur dan penyahhimpunan adalah dilarang.
Perisian sumber terbuka
Philips Electronics Hong Kong Ltd. dengan ini menawarkan untuk menghantar, apabila diminta, salinan
kod sumber lengkap yang sepadan bagi pakej perisian sumber terbuka berhak cipta yang digunakan
dalam produk ini yang baginya tawaran seumpama ini diminta oleh lesen yang berkaitan.
Tawaran ini sah sehingga tiga tahun selepas pembelian produk kepada sesiapa sahaja yang menerima
maklumat ini. Untuk mendapatkan kod sumber, sila hubungi open.source@philips.com. Jika anda lebih
suka untuk tidak menggunakan e-mel atau jika anda tidak menerima pengesahan penerimaan dalam
masa seminggu selepas menulis ke alamat e-mel ini, sila hantar surat kepada “Open Source Team, Philips
Intellectual Property & Standards, P.O. Box 220, 5600 AE Eindhoven, The Netherlands. Jika anda tidak
menerima pengesahan penerimaan surat anda pada masa yang sepatutnya, sila hantar e-mel ke alamat
e-mel di atas.
Nota kepada Pengguna Akhir :
Dengan menggunakan produk ini dengan perisian dan perkhidmatan RealNetworks, pengguna akhir
bersetuju dengan syarat-syarat REALNETWORKS, INC yang berikut:
Pengguna Akhir hanya boleh menggunakan perisian ini untuk kegunaan sendiri dan bukan
komersil seperti pada terma Perjanjian Lesen Pengguna Akhir (EULA) RealNetworks.
Pengguna Akhir tidak dibenarkan untuk mengubah suai, menterjemah, membinabalikkan,
menyahkompil, menyahhimpun, atau menggunakan cara lain untuk mendapatkan kod sumber
atau sebaliknya mereplikakan kefungsian Kod Pelanggan Format Sebenar, kecuali setakat mana
sekatan ini dilarang secara jelas oleh undang-undang yang dikenakan.
RealNetworks Inc. menakan semua waranti dan syarat selain yang dijelaskan dalam Perjanjian
ini yang sebagai ganti kepada semua waranti lain, sama ada tersurat atau tersirat, termasuk
tetapi tidak terhad kepada sebarang waranti atau syarat tersirat bagi kebolehdagangan dan
kesesuaian kepada maksud tertentu, dan sebenarnya mengecualikan semua liabiliti bagi ganti
rugi tak langsung, khusus, sampingan dan lanjutan, seperti tetapi tidak terhad kepada, kehilangan
keuntungan.