41
Bahasa Melayu
Picasa (foto dalam talian)
Dengan pemain ini, anda dapat mengakses, mencari dan melihat foto yang disimpan dalam Album Web
Picasa anda.
Apa yang anda perlukan
Pada komputer anda, lawati www.picasa.com untuk membuat akaun pada Album Web Picasa.
Sambungkan pemain ini ke Internet.
1 Sambung pemain ini kepada Internet (lihat “Sediakan rangkaian”).
2 Tek an .
3 Pilih [Picasa], dan tekan OK.
»Halaman lalai Picasa dipaparkan pada skrin TV.
4 Log masuk ke Album Web Picasa dengan akaun web Picasa anda.
Pada kali pertama anda log masuk, pilih “Pengguna Baru”.
Untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda, tekan kekunci abjad angka pada
alat kawalan jauh.
5 Gunakan alat kawalan jauh untuk menavigasi bagi memilih:
My Photos: paparkan foto yang disimpan dalam Album Web Picasa anda.
Featured: paparkan foto yang disoroti daripada laman web Picasa.
Friends: paparkan senarai rakan-rakan.
Search: buat carian foto berdasarkan kata kekunci.
Favorites: paparkan foto yang digemari daripada Album Web Picasa anda.
Tag: paparkan foto yang telah ditag dalam Album Web Picasa anda.
6 Untuk keluar dari halaman Picasa, tekan .
Mainkan tayangan slaid
1 Gunakan alat kawalan jauh untuk memilih “My Photos” daripada halaman Picasa, dan tekan OK.
»Foto dalam Album Web Picasa anda akan dipaparkan dalam imej kecil.
2 Pilih foto, dan tekan OK untuk melihat foto dalam skrin penuh.
3 Tek an OK sekali lagi untuk memulakan tayangan slaid foto.
4 Semasa tayangan slaid, tekan untuk mengakses pilihan berikut, dan kemudian tekan OK
untuk memilih pilihan:
Current playing: paparkan indeks foto semasa.
Slideshow pause/ play: jeda atau mainkan tayangan slaid.
Rotate: putar foto semasa.
Zoom: zum masuk atau keluar dari foto.
Effect: pilih kesan tayangan slaid.
Speed: pilih kelajuan tayangan slaid.
Friends: tambah pemilik foto semasa kepada senarai rakan.
5 Untuk kembali ke skrin sebelumnya, tekan .
MS-MY