44
Bunyi
1 Tekan .
2 Pilih [Persediaan] > [Audio] untuk mengakses pilihan persediaan audio.
[Mod Malam]: Pilih bunyi diam atau dinamik penuh. Mod malam mengurangkan kelantangan
bunyi yang kuat dan menaikkan kelantangan bunyi yang lembut (seperti pertuturan).
[Neo 6]: Dayakan atau nyahdaya kesan bunyi keliling yang diubah daripada audio saluran 2.0.
[Audio HDMI]: Tetapkan format audio HDMI apabila pemain ini disambung melalui HDMI.
[Audio Digital]: Pilih format audio bagi output bunyi apabila pemain ini disambung melalui
penyambung digital (sepaksi).
[Pensampelturunan PCM]: Tetapkan kadar pensampelan bagi output audio PCM apabila pemain
ini disambung melalui penyambung digital (sepaksi).
Catatan
Bagi tetapan berkaitan HDMI, TV mesti disambungkan melalui HDMI.
Mod malam hanya tersedia bagi cakera DVD dan Blu-ray berkod Dolby.
Rangkaian (pemasangan, status...)
1 Tekan .
2 Pilih [Persediaan] > [Rangkaian] untuk mengakses pilihan persediaan rangkaian.
[Pemasangan Rangkaian]: Mulakan pemasangan berwayar atau wayarles agar rangkaian
berfungsi.
[Lihat Tetapan Rangkaian]: Paparkan status rangkaian semasa.
[Lihat Tetapan Wayarles]: Paparkan status Wi-Fi semasa.
Keutamaan (bahasa, kawalan ibu bapa...)
1 Tekan .
2 Pilih [Persediaan] > [Keutamaan] untuk mengakses pilihan persediaan keutamaan.
[Bahasa menu]: Pilih bahasa menu paparan atas skrin.
[Audio]: Pilih bahasa audio untuk video.
[Sari Kata]: Pilih bahasa sari kata untuk video.
[Menu Cakera]: Pilih bahasa menu untuk cakera video.
[Kawalan Ibubapa]: Mengehadkan akses kepada cakera yang dikodkan dengan pengadaran.
Masukkan “0000” untuk mengakses pilihan pengehadan. Untuk memainkan semua cakera tanpa
mengira pengkadaran, pilih tahap “8”.
[Penyelamat Skrin]: Dayakan atau nyahdaya mod gambar skrin. Jika didayakan, skrin memasuki
mod melahu selepas 10 minit tanpa aktiviti (contohnya, dalam mod jeda atau henti).
MS-MY