45
Bahasa Melayu
[Anjak Sari Kata Automatik]: Dayakan atau nyahdaya anjakan sari kata. Jika didayakan,
kedudukan sari kata ditukar secara automatik untuk muat pada skrin TV (ciri ini berfungsi pada
TV Philips yang tertentu sahaja).
[Tukar Kata Laluan]: Tetapkan atau tukar kata laluan anda untuk memainkan cakera terhad.
Masukkan “0000” jika anda tidak mempunyai kata laluan atau anda terlupa kata laluan anda.
[Panel Paparan]: Ubah kecerahan panel paparan pemain.
[Auto Siap Sedia]: Dayakan atau nyahdaya siap sedia automatik. Jika didayakan, pemain beralih
kepada siap sedia selepas tiada aktiviti selama 30 minit (contohnya, dalam mod jeda atau henti).
[VCD PBC]: Paparkan atau langkaui menu kandungan bagi VCD dan SVCD.
Catatan
Jika bahasa cakera, audio atau sari kata yang anda kehendaki tidak tersedia, anda boleh memilih [Lain-lain]
daripada pilihan menu dan memasukkan kod bahasa 4 digit yang boleh didapati pada bahagian belakang
manual ini.
Jika anda memilih bahasa yang tidak tersedia pada cakera, pemain ini akan menggunakan bahasa lalai cakera
tersebut.

Pilihan lanjutan (keselamatan BD-Live, kosongkan memori...)

1 Tekan .
2 Pilih [Persediaan] > [Lanjutan] untuk mengakses pilihan persediaan lanjutan.
[Keselamatan BD-Live]: Sekat atau benarkan akses kepada BD-Live (hanya bagi cakera BD-Live
bukan komersil dan yang dibuat oleh pengguna).
[Kemas Kini Perisian]: Pilih > untuk mengemas kini perisian daripada rangkaian atau peranti
storan USB.
[Kosongkan ingatan]: Padam muat turun BD-Live yang terdahulu pada peranti storan USB.
Folder “BUDA” dibuat secara automatik untuk menyimpan muat turun BD-Live.
[Kod VOD DivX®]: Paparkan kod pendaftaran atau kod pembatalan pendaftaran DivX® bagi
pemain ini.
[Maklumat Versi]: Paparkan versi perisian pemain ini.
[Pulih semula seting lalai]: Tetapkan semula pemain ini kepada tetapan lalai yang dibuat di kilang.
Catatan
Anda tidak boleh mengehadkan akses Internet pada cakera Blu-ray komersil.
Sebelum membeli video DivX dan memainkannya pada pemain ini, daftarkan pemain ini pada www.divx.
com menggunakan kod DivX VOD.
Anda tidak boleh menetapkan semula tetapan kawalan ibu bapa kepada nilai lalai.
MS-MY