Tefal IS6300T1 manual Arahan Keselamatan

Models: IS6300T1

1 44
Download 44 pages 706 b
Page 27
Image 27

ARAHAN KESELAMATAN

MS

SILA BACA ARAHAN-ARAHAN INI DENGAN TELITI SEBELUM PENGGUNAAAN PERTAMA KALI DAN

SIMPANNYA DI TEMPAT YANG SELAMAT

- Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik sahaja. Pengilang tidak akan ber- tanggungjawab dan jaminan tidak akan terpakai bagi sebarang kegunaan komersil, kegunaan yang tidak wajar atau kegagalan untuk mematuhi arahan.

- Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi standard dan peraturan yang terpa- kai (Arahan Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik, Alam Sekitar, sebagaimana yang terpakai...).

-Produk anda adalah peralatan elektrik: ia mesti digunakan dalam keadaan kegunaan yang biasa.

-Sentiasa masukkan palam peralatan anda ke dalam:

-Pemasangan elektrikal dengan voltan di antara 220V hingga 240V.

-Soket terbumi. Jika anda menggunakan palam sambungan, pastikan ia dikadarkan dengan betul (16A) dengan soket bumi, dan boleh dipanjangkan sepenuhnya. Ambil semua langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan seseorang daripada tersadung wayar sambungan.

-Menyambungkan kepada voltan yang salah boleh mengakibatkan kerosakan kekal kepada peralatan dan akan membatalkan jaminan anda.

-Jangan sesekali meletakkan peralatan atau wayar kuasanya berdekatan, atau mem- biarkannya bersentuh dengan, sumber haba atau sisi tajam.

-Apabila menggunakan peralatan, anda patut memberikan perhatian kepada pengelua- ran wap. Untuk mengurangkan risiko terkena air panas yang keluar dari lubang wap, periksa peralatan sebelum setiap penggunaan dengan memegangnya agak jauh dari- pada badan anda dan kendalikan butang wap.

-Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, jangan rendam peralatan dalam air atau cecair lain.

-Peralatan ini seharusnya sentiasa di»MATI»kan sebelum memasukkan palam ke soket atau mencabutnya daripada saluran soket. Jangan sesekali menarik kord apabila men- cabutnya daripada saluran soket, sebaliknya genggam palam dan tariknya untuk men- cabut.

-Jangan sesekali membiarkan kord bersentuhan dengan permukaan yang panas. Sele- pas setiap kali penggunaan, cabut palam dan biarkan peralatan menyejuk sepenuhnya sebelum menyimpannya. Lingkarkan kord secara longgar di sekeliling peralatan apa- bila menyimpan.

-Jangan halakan wap kepada orang atau binatang, atau menggunakan pengewap pada pakaian yang sedang dipakai.

-Sentiasa cabut palam peralatan daripada saluran elektrik apabila mengisi air, men- gosongkannya, membersih atau apabila tidak digunakan. Jangan biarkan peralatan begitu saja ketika ia bersambung dengan bekalan kuasa, walaupun hanya untuk seke- tika, terutama sekali jika terdapat kanak-kanak berhampiran.

-Sekiranya kord kuasa atau hos wap rosak, ia mesti digantikan oleh pusat perkhidmatan berdaftar TEFAL bagi mengelakkan risiko bahaya atau kecederaan. Jangan menanggal- kan atau cuba untuk membaiki peralatan.

-Peralatan ini bukan untuk kegunaan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau tanpa pengalaman atau pengetahuan,kecuali mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan peralatan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.

21

1800129542 IS6300T1.INDD 21

24/05/13 09:09

Page 27
Image 27
Tefal IS6300T1 manual Arahan Keselamatan