WM-DRM untuk memindahkan atau memainkan Kandungan Selamat. Sekiranya keselamatan Perisian WM-DRM
telah terjejas, pemilik Kandungan Selamat (“Pemilik Kandungan Selamat) boleh memohon supaya Microsoft
membatalkan hak Perisian WM-DRM untuk menyalin, memaparkan, memindahkan dan/atau memainkan Kandungan
Selamat. Pembatalan tidak mengubah keupayaan Perisian WM-DRM untuk memainkan kandungan yang tidak
dilindungi. Satu senarai Perisian WM-DRM yang telah dibatalkan akan dihantar ke komputer anda apabila anda
memuat turun lesen untuk Kandungan Selamat daripada Internet. Microsoft juga mungkin, bersama dengan lesen
tersebut, memuat turun senarai pembatalan ke dalam komputer anda bagi pihak Pemilik Kandungan Selamat.
Pemilik Kandungan Selamat juga mungkin menghendaki anda meningkatkan beberapa komponen WM-DRM yang
diedarkan dengan Perisian ini (Peningkatan WM-DRM) sebelum mengakses kandungan mereka. Apabila anda cuba
memainkan kandungan sedemikian, Perisian WM-DRM yang dibina oleh Microsoft akan memaklumkan kepada anda
bahawa Peningkatan WM-DRM diperlukan dan kemudian akan meminta persetujuan anda sebelum Peningkatan
WM-DRM dimuat turun. Perisian WM-DRM yang digunakan oleh pihak ketiga mungkin akan melakukan perkara
yang sama. Sekiranya anda menolak peningkatan, anda tidak akan boleh mengakses kandungan yang memerlukan
Peningkatan WM-DRM; walau bagaimanapun, anda masih boleh mengakses kandungan yang tidak dilindungi dan
Kandungan Selamat yang tidak memerlukan peningkatan.
6. Perisian Sumber Terbuka. (a) Perisian ini mungkin mengandungi komponen yang tertakluk kepada syarat sumber
terbuka, seperti yang dinyatakan di dalam dokumentasi yang disertakan bersama Peranti. Perjanjian ini tidak terpakai
kepada perisian ini seperti itu. (b) Hak lesen anda di bawah Perjanjian ini tidak termasuk sebarang hak atau lesen
untuk menggunakan, mengedar atau menghasilkan kerja-kerja terbitan Perisian ini dalam sebarang cara yang boleh
mendedahkan Perisian kepada Syarat Sumber Terbuka. “Syarat Sumber Terbuka” bermaksud syarat sebarang lesen
yang secara langsung atau tidak langsung (1) mewujudkan, atau bertujuan untuk mewujudkan, obligasi bagi Philips
berhubung dengan Perisian dan/atau kerja-kerja terbitannya; atau (2) memberi, atau bertujuan untuk memberi, mana-
mana pihak ketiga sebarang hak atau kekebalan di bawah hak harta intelektual atau hak tuan punya dalam Perisian
atau kerja-kerja terbitannya.
7. Penamatan. Perjanjian ini akan berkuat kuasa apabila Perisian dipasangkan atau digunakan buat pertama kalinya dan
akan ditamatkan (i) mengikut budi bicara Philips, akibat kegagalan anda mematuhi mana-mana syarat Perjanjian ini;
atau (ii) apabila semua salinan Perisian dan bahan berkaitan yang diberikan kepada anda oleh Philips di bawah ini
dimusnahkan. Hak Philips dan obligasi anda akan terus kekal walaupun Perjanjian ini ditamatkan.
8. Peningkatan. Philips boleh, atas pilihannya sendiri, menyediakan peningkatan kepada Perisian melalui penyiaran umum
pada tapak web atau melalui sebarang cara atau kaedah lain. Peningkatan sedemikian mungkin disediakan menurut
syarat Perjanjian ini atau pengeluaran peningkatan sedemikian kepada anda mungkin tertakluk kepada penerimaan
anda terhadap perjanjian lain.
9. PerkhidmatanSokongan. Philips tidak diwajibkan untuk menyediakan sokongan teknikal atau sokongan lain
(“Perkhidmatan Sokongan”) bagi Perisian. Sekiranya Philips tidak menyediakan Perkhidmatan Sokongan kepada anda,
ini akan ditentukan oleh syarat berasingan yang perlu dipersetujui antara anda dan Philips.
10. Jaminan Perisian Terhad. Philips menyediakan Perisian secara ‘seperti adanya’ dan tanpa sebarang waranti kecuali
Perisian akan menunjukkan prestasi sebahagian besarnya menurut dokumentasi yang disertakan bersama Perisian
untuk tempoh satu tahun selepas muat turun kali pertama, pemasangan atau penggunaan Perisian, yang mana berlaku
dahulu. Liabiliti keseluruhan Philips dan remedi eksklusif anda atas pelanggaran waranti adalah, atas pilihan Philips,
sama ada (i) pengembalian harga yang anda bayar untuk Perisian (jika ada); atau (b) pembaikan atau penggantian
Perisian yang tidak memenuhi waranti yang dikemukakan di sini dan ia dikembalikan kepada Philips dengan salinan
resit anda. Waranti terhad ini akan menjadi tidak sah sekiranya kegagalan Perisian berpunca daripada kemalangan,
penyalahgunaan atau pengaplikasian yang salah. Sebarang Perisian gantian akan dijamin untuk baki tempoh waranti
asal atau tiga puluh (30) hari, yang mana lebih panjang. Waranti terhad ini tidak terpakai kepada anda sekiranya
Perisian disediakan secara percuma kepada anda atas dasar penilaian sahaja.
11. TIADAWARANTILAIN. MELAINKAN SEPERTI YANG TELAH DIKEMUKAKAN DI ATAS, PHILIPS DAN
PEMBERI LESENNYA TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERISIAN AKAN BEROPERASI TANPA RALAT ATAU TANPA
GANGGUAN, ATAU AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA MENERIMA SEMUA TANGGUNGJAWAB
BAGI PEMILIHAN PERISIAN UNTUK MENCAPAI HASIL YANG ANDA HARAPKAN, DAN BAGI PEMASANGAN,
PENGGUNAAN DAN HASIL YANG DIPEROLEH DARIPADA PERISIAN. SETAKAT MAKSIMUM YANG
DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, PHILIPS DAN PEMBERI LESENNYA MENAFIKAN
SEMUA WARANTI DAN SYARAT, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU,
DAN KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN HASIL BERHUBUNG DENGAN PERISIAN DAN BAHAN YANG
DISERTAKAN BERSAMA. TIADA WARANTI UNTUK PELANGGARAN. PHILIPS TIDAK MENJAMIN BAHAWA
ANDA AKAN BOLEH MEMUAT TURUN, MENYALIN, MENYIMPAN, MEMAPARKAN, MEMINDAHKAN, DAN/
ATAU MEMAINKAN KANDUNGAN SELAMAT.