FuzzyLogic_NC00112494_Mise en page 127/03/12 08:47 Page43

Perlindungan penting

Arahan keselamatan

Baca dan ikut arahan penggunaan. Simpan pada tempat yang selamat.

Peralatan ini bukan untuk dikendalikan dengan menggunakan penentu masa luar atau sistem kawalan jauh berasingan.

Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi peraturan keselamatan dan arahan yang berkuatkuasa semasa ia dikeluarkan (Arahan voltan-rendah, Keserasian Elektromagnet, Peraturan Bahan berkenaan Makanan, Persekitaran…).

Periksa bahawa voltan bekalan kuasa sepadan dengan yang ditunjukkan pada peralatan (arus ulang-alik).

Memandangkan terdapat pelbagai standard yang berkuatkuasa, jika peralatan ini digunakan di negara lain selain daripada negara di mana ianya dibeli, dapatkan pemeriksaan daripada pusat servis yang bertauliah.

Jangan letak peralatan ini berdekatan dengan tempat yang panas atau dalam ketuhar yang panas, kerana kerosakan teruk boleh berlaku.

Peralatan ini direka untuk kegunaan domestik saja. Sekiranya digunakan secara profesional, secara tidak sesuai atau gagal mematuhi arahan, pengilang tidak akan bertanggungjawab dan jaminan tidak akan terpakai.

Ianya tidak bertujuan untuk digunakan bagi penggunaan berikut, dan jaminan tidak terpakai untuk:

-staf bahagian dapur di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;

-rumah ladang;

-oleh pelanggan hotel, motel dan jenis perkitaran kediaman yang lain;

-jenis persekitaran katil dan sarapan.

EN

ZH

TH

MS

Menyambung kepada bekalan kuasa

Jangan gunakan peralatan ini jika:

-peralatan atau kordnya telah rosak,

-peralatan telah jatuh atau menunjukkan kerosakan nyata atau tidak berfungsi dengan betul.

Dalam kes ini, peralatan mesti dihantar ke pusat servis yang bertauliah yang terdekat dengan anda untuk mengelakkan sebarang kemungkinan bahaya. Jangan leraikan peralatan ini sendiri.

Jangan tinggalkan kord tergantung.

Sentiasa pasang peralatan di soket bumi.

Jangan menggunakan penyambung soket. Jika anda perlu menggunakan penyambung soket, hanya gunakan penyambung soket yang berkeadaan baik, mempunyai palam bumi dan sesuai dengan kuasa peralatan.

Jangan mencabut palam peralatan dengan menarik kord.

Sentiasa cabut palam peralatan:

-sebaik sahaja selesai menggunakan,

-apabila memindahkannya,

-sebelum membersihkannya atau menyenggaranya,

-jika ia gagal berfungsi dengan betul.

Penggunaan

• Guna permukaan kerja yang rata, stabil dan tahan-haba yang jauh dari apa-apa percikan air.

• Jangan tinggalkan peralatan yang masih digunakan tanpa pengawasan. Jauhi daripada kanak- kanak.

43

Page 46
Image 46
Tefal RK704E60 manual Perlindungan penting, Arahan keselamatan, Menyambung kepada bekalan kuasa, Penggunaan