FuzzyLogic_NC00112494_Mise en page 127/03/12 08:47 Page48

Semasa memasak nasi

Jangan mencuci beras di dalam mangkuk kerana ia akan merosakkan seramik mangkuk.

Tuangkan kuantiti beras yang dikehendaki ke dalam mangkuk dan isikan air sehingga paras air (Petanda pada cawan).

Kuantiti air boleh diubahsuai mengikut citarasa anda.

Semasa mengukus

Kuantiti air hendaklah sesuai untuk mengelakkan air melimpah ke dulang kukusan.

Letakkan dulang kukusan di dasar mangkuk masakan Fig.4.

Masukkan bahan-bahan masakan.

Untuk semua fungsi

Lap bahagian luar mangkuk masakan (terutamanya di bahagian bawah). Pastikan tiada sebarang bendasing atau cecair di bawah mangkuk dan di atas elemen pemanas Fig.5.

Letakkan mangkuk masakan di dalam peralatan dan pastikan ia diletakkan pada kedudukan yang tepat Fig.6. Pastikan sensor bergerak apabila anda meletakkan mangkuk masakan ke atasnya.

Pastikan pelindung wap diletakkan pada kedudukan yang betul.

Tutup penutup di tempatnya dengan bunyi “ka”.

Palam kord kuasa ke dalam soket pada tapak dan kemudian palam ke hujung kord kuasa ke dalam saluran keluar kuasa. Hidupkan periuk nasi, terdapat penggesa muzik pemula, skrin LCD akan memaparkan masa semasa (masa 12:00), lampu “START (MULA)” akan berkelipan dan lampu kuasa akan kekal hidup. Periuk nasi adalah pada status tunggu sedia dan bersedia untuk pemilihan fungsi.

Jangan pasangkan suis peralatan sehingga semua langkah di atas telah dilengkapkan.

Jangan sentuh elemen pemanas apabila produk dipalamkan.

Jangan sesekali meletakkan tangan di atas corong wap ketika memasak untuk mengelakkan bahaya melecur.

Sekiranya anda hendak menukar menu yang tersalah pilih, tekan kekunci “BATAL” dan pilih menu yang dikehendaki.

Pakai mangkuk nasi yang disediakan sahaja.

Jangan masukkan air atau bahan makanan ke dalam periuk nasi tanpa mangkuk.

Memasak

Jadual di bawah memberi panduan untuk memasak pelbagai jenis beras. Untuk hasil yang terbaik, kami menyarankan penggunaan beras biasa berbanding jenis beras ‘senang masak’ yang biasanya lebih lembik dan mungkin melekat pada dasar mangkuk. Sekiranya menggunakan jenis beras yang lain seperti beras perang atau beras liar, kuantiti air perlu diubahsuai seperti jadual di bawah.

48