FuzzyLogic_NC00112494_Mise en page 127/03/12 08:47 Page56

Menjaga mangkuk tidak lekat

Untuk mangkuk masakan, ikut langkah-langkah di bawah dengan betul:

Apabila meletakkan mangkuk di dalam mesin pencuci pinggan, berhati-hati supaya tidak merosakkan lapisan tidak lekat.

Untuk mengekalkan kualiti saduran seramik mangkuk selama yang mungkin, adalah disarankan agar tidak memotong makanan di dalam mangkuk.

Pastikan anda meletakkan kembali mangkuk ke dalam periuk nasi.

Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang diperbuat daripada keluli apabila mengacau atau menghidang makanan untuk mengelakkan permukaan mangkuk daripada sebarang kerosakan – Fig.16.

Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan cuka ke dalamnya.

Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih selamat untuk digunakan.

Mencuci injap tekanan mikro

Apabila mencuci injap tekanan mikro, sila alihkan daripada penutup – Fig.17 dan buka dengan memutarnya ke arah “buka” – Fig.18a. Selepas mencuci, sila keringkannya dan cantumkan kedua-dua segitiga bersama – Fig.18b, dan putarkan ke arah “tutup” sehingga bunyi “ka” kedengaran kemudian letakkan ia kembali ke dalam penutup periuk nasi.

Mencucidanmenjaga bahagian-bahagianlainperalatan

Tanggalkan plag peralatan sebelum mencuci.

Cuci bahagian luar periuk nasi, bahagian dalam penutup

Fig.19 dan wayar dengan kain lembap dan keringkan. Jangan gunakan produk yang kesat.

Jangan gunakan air untuk mencuci bahagian dalam peralatan kerana ia mungkin mengakibatkan kerosakan kepada sensor haba.

56