4.17 Bahasa Malaysia//Panduan Pemasangan Ringkas

“Panduan Pemasangan Ringkas” ini hanya mengandungi maklumat perkakasan asas yang anda mungkin perlu semasa memasang papan induk abit anda. Untuk pengendalian lanjutan, anda perlu rujuk ke versi lengkapnya.

Langkah Berjaga-jaga bagi Penyediaan Perkakasan

Sentiasa matikan bekalan kuasa dan keluarkan kord kuasa dari alur keluar AU sebelum memasang papan atau menukarkan apa-apa pengesetan.

Bumikan diri anda dengan sempurna dengan memakai pengikat tangan keselamatan statik sebelum mengeluarkan papan dari beg anti-statik.

Pegang bahagian tepi papan.. Elak daripada menyentuh apa-apa komponen di atasnya.

Elak daripada menyentuh modul penghubung dan cip-cip IC.

Letakkan papan pada permukaan anti statik yang telah dibumikan atau di atas beg anti statik papan itu.

Memasang Papan Ke Casis

Casis komputer bagi papan induk ini harus:

Menampung faktor bentuk papan induk ini.

Menyokong semua kabel penyambung pada papan induk termasuk penunjuk dan suis pada casis.

Dapat membekalkan kuasa dan ruang yang mencukupi bagi semua pemacu yang anda ingin pasang.

Templat I/O di panel belakang sepadan dengan port I/O dan lubang alur tambahan pada papan induk.

Untuk memasang papan induk ke dalam casis, anda harus:

Hadapkan bahagian sisi port I/O ke bahagian belakang casis.

Kenal pasti lokasi lubang-lubang skru pada kedua-dua tapak papan induk dan casis.

Letakkan semua stad atau peruang yang diperlukan pada tapak casis dan ketatkannya.

Bariskan semua lubang skru di atas papan induk agar sejajar dengan stad atau peruang pada casis.

Ketatkan semua skru.

Untuk mengelak daripada berlaku litar pintas pada litar PCB, sila KELUARKAN semua stad atau peruang logam sekiranya ia sudah dipasang pada tapak casis dan tidak ada lubang cagak untuk disejajarkan pada papan induk ini.

Padamkan Pelompat CMOS

Pelompat ini digunakan untuk memadamkan ingatan CMOS untuk pengesetan semula kandungan BIOS. Anda mungkin perlu memadamkan ingatan CMOS sekiranya pengesetan BIOS tidak betul dan mengelak papan induk anda daripada berfungsi.

Untuk memadamkan ingatan CMOS, tanggalkan semua kabel kuasa dari papan induk, pasangkan tukup pelompat pada pengesetan “Clear CMOS” untuk beberapa saat, kemudian pasangkan semula tukup pelompat ke pengesetan “Normal”. Selepas bekalan kuasa disambung semula dan anda telah reboot komputer, kandungan BIOS akan diset semula kepada tata rajah lalainya.

Menyambungkan Komponen-komponen Casis

Bekalan Kuasa ATX: [ATXPWR1], [ATX12V1]

Penyambung KIPAS: [CPUFAN1], [SYSFAN1], [AUXFAN1], [NBFAN1]

Penyambung Panel Depan: [FPIO1]

[HLED]: Sambungkan ke kabel HDD LED.

[RST]: Sambungkan ke kabel Suis Pengesatan Semula.

[SPKR]: Sambungkan ke kabel Sistem Pembesar Suara.

[SLED]: Sambungkan ke kabel Gantung LED.

[PWR]: Sambungkan ke kabel Suis Kuasa.

[PLED]: Sambungkan ke kabel Kuasa LED.

Port Kepala USB Tambahan: [FP-USB1], [FP-USB2]

Kepala Port Tambahan IEEE1394: [FP-1394-1], [FP-1394-2]

Panel Depan Kepala Penyambung Audio: [FP-AUDIO1]

Penyambung Audio Dalam: [CD1], [AUX1] Memasang CPU dan Pasangan Penenggelam Haba

Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan bagi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan pasangan penenggelam habanya, dan setiap satu dengan cara pemasangan yang berlainan, sila ikut arahan pemasangan yang terdapat pada bungkusan produk yang telah dibeli, CPU merupakan satu peranti elektronik halus yang mengeluarkan haba yang banyak semasa berfungsi. Sila teruskan dengan berhati-hati.

Selepas pemasangan penenggelam siap dipasang pada pemproses, sambungkan kuasa bagi pendingin kipas CPU kepada penyambung [CPUFAN1] pada papan induk.

Memasang Modul Ingatan

Tolak selak pada kedua-dua bahagian sisi slot ke bawah.

Sejajarkan modul ingatan dengan slot. Slot akan berkunci dengan takuk sementara modul ingatan akan berkunci dengan potongan supaya ia hanya dapat dipasang dalam satu arah.

Pasangkan modul ingatan ke dalam slot dengan menekannya ke bawah dengan kukuh. Slot akan menyelak tuil ke atas secara automatik dan mencangkuk bahagian tepi modul ingatan.

Untuk mengeluarkan modul ingatan, tolak selak pada kedua-dua bahagian slot ke bawah secara serentak, kemudian tarik keluar modul ingatan.

Menyambung Peranti Storan

Menyambung Pemacu Cakera Liut: [FDC1]

Menyambung Pemacu Cakera Keras IDE: [IDE1], [IDE2]

Menyambungkan Pemacu Cakera Keras Bersiri ATA: [SATA1] ~ [SATA4]

Sambungan Panel Belakang

Mouse: Sambungkan ke tetikus PS/2.

Keyboard: Sambungkan ke papan kekunci PS/2.

LPT1: Sambungkan pencetak atau peranti-peranti yang menyokong protokol komunikasi selari.

COM1: Sambungkan ke modem luar, tetikus atau peranti lain yang menyokong protokol komunikasi bersiri.

OPT-IN1:Penyambung ini adalah sambungan masuk S/PDIF melalui fiber optik dari alat-alat multimedia digital

OPT-OUT1:Penyambung ini adalah sambungan keluar S/ PDIF melalui fiber optik ke alat-alat multimedia digital

AUDIO1: Penyambung ini adalah audio 7.1-channel sambungan masukan/keluaran

IEEE1394: Sambungkan ke peranti yang berprotokol IEEE1394.

LAN1: Sambungkan ke Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN).

USB1/USB2: Sambungkan ke peranti USB seperti pengimbas , pembesar suara digital, monitor, tetikus, papan kekunci, hab, kamera digital, kayu bedik dan sebagainya.

Multilingual QIG

IN9 32X/IN9 32X-MAX

4-17

Page 81
Image 81
Nvidia IN9 32X-MAX user manual Bahasa Malaysia//Panduan Pemasangan Ringkas