2_ ciri-ciri mesin basuh samsung anda yang baru
ciri-ciri mesin basuh samsung anda yang baru
Mesin basuh anda yang baru akan mengubah perasaan anda terhadap kerja
membasuh kain. Daripada muatan saiz supernya kepada kecekapan tenaganya,
mesin basuh Samsung mempunyai kesemua ciri yang mengubah kerja yang
membosankan kepada sesuatu yang menyeronokkan.
• Dram Berlian – Prestasi Membasuh
yang Lebih Berkuasa sementara
Melindungi Fabrik anda
Memberikan prestasi membasuh yang lebih baik daripada
pembasuh dram biasa, dengan menggunakan kesan
papan basuh yang dibuat melalui gelombang-gelombang
di dalam dram.
• Imbangan Bebola – Nikmatilah Kesenyapan! Tiada Bunyi Bising,
Tiada Getaran
Mengurangkan getaran dan bunyi bising menerusi penggunaan sistem Imbangan Bebola
yang mengekalkan imbangan dram yang hampir sempurna.
• Fungsi Ekonomi Boleh Ubah Suai – Air, Masa dan Penjimatan
Kuasa
Mengesan berat muatan kain dalam 7 langkah dan mengurangkan air, masa dan penggunaan
kuasa.
• Pembasuhan Udara – Pensterilan dan Penyahbauan tanpa Air!
Segarkan semula pakaian kegemaran anda hanya dengan menggunakan udara selepas anda
ke majlis atau keluar (makanan, rokok). Pakaian yang tidak bertanda tidak perlu lagi dibasuh,
hanya segarkan ia menggunakan 4 kitaran yang tersedia bagi fabrik-fabrik yang berbeza.
• Pembasuhan Perak – Pensterilan dan Kesan Anti Bakteria
dengan Air Sejuk Sahaja
Kombinasi yang berjaya! Teknologi perak Samsung menggabungkan kesan pembersihan
perak dengan sains terkini untuk pembersihan yang sebersih-bersihnya. Dua plat perak tulen
ditukar menjadi ion-ion perak menerusi elektrolisis. Walaupun dalam air yang sejuk, tanpa
bahan peluntur, zarah-zarah perak menghilangkan bakteria yang menyebabkan bau untuk
menghasilkan cucian yang “teramat bersih”. Jadi membasuh dalam air sejuk adalah cara
cekap menggunakan tenaga dan lebih baik bagi pakaian anda.
• Motor Pacuan Langsung
Oleh kerana dram tidak menggunakan tali sawat atau gear, getaran dapat dikurangkan
dengan banyaknya. Ciri ini memastikan bahawa mesin basuh anda lebih senyap dan lebih
tahan lama.
• Kunci Keselamatan Kanak-Kanak
Fungsi Kunci Keselamatan Kanak-Kanak memastikan bahawa tangan-tangan kecil dicegah
daripada memasuki mesin basuh anda.
Ciri keselamatan ini mencegah anak-anak anda daripada bermain dengan mesin basuh, dan
memberi amaran kepada anda apabila ia diaktifkan.
WD8122CVB-02574C_MA.indd 2 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:56:52