membasuh sebeban kain kotor

Membasuh kain menggunakan pemilih kitaran

Mesin basuh anda yang baru ini membuat kerja membasuh pakaian mudah, menggunakan sistem kawalan automatik “Fuzzy Control” Samsung. Apabila anda memilih satu program basuh, mesin ini akan melaraskan suhu, masa pembasuhan, dan kelajuan pembasuhan yang betul.

1.Buka paip air sink anda.

2.Tekan butang Power (Kuasa).

3.Buka pintu mesin.

4.Masukkan kain satu persatu ke dalam dram, tanpa mengisi berlebihan.

5.Tutup pintu mesin.

6.Masukkan bahan cuci, pelembut dan bahan cuci prabasuh (jika perlu) ke dalam petak yang sesuai.

Prabasuh hanya terdapat apabila memilih kitaran Cottons (Kapas), Towel (Tuala), dan Blanket (Selimut). Ia hanya perlu jika pakaian anda sangat kotor.

7. Gunakan Pemilih Kitaran untuk memilih litaran yang sesuai menurut jenis kain: Cottons (Kapas), Blanket (Selimut), Quick (Cepat), Delicate (Halus), Towel (Tuala), Wool (Wul), Rinse+Spin (Bilas+Putar), Clean Tub (Bersihkan Tab).

Penunjuk-penunjuk yang berkenaan akan menyala pada panel kawalan.

8. Pada masa ini, anda boleh mengawal suhu pembasuhan, jumlah bilasan, kelajuan putaran, dan masa penundaan dengan menekan butang pilihan yang sesuai.

9.Tekan butang Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar) dan pembasuhan akan bermula. Penunjuk proses akan menyala dan masa yang tinggal bagi kitaran akan muncul di paparan.

Pilihan Berhenti Sebentar

Dalam masa 5 minit bermula pembasuhan, anda boleh menambah/mengeluarkan item yang hendak dibasuh.

1.Tekan butang Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar) untuk membuka kunci pintu. Pintu tidak boleh dibuka apabila air terlalu PANAS atau paras air terlalu TINGGI.

2.Selepas menutup pintu, tekan butang Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar) untuk memulakan semula pembasuhan.

Apabila kitaran selsesai:

Selepas kitaran lengkap selesai, kuasa akan dimatikan secara automatik.

1.Buka pintu mesin.

2.Keluarkan kain.

22_ membasuh sebeban kain kotor

WD8122CVB-02574C_MA.indd 22

2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:57:15

Page 58
Image 58
Samsung WD8122CVW, WD8122CVC, WD8122CVB, WD8122CVD user manual Membasuh kain menggunakan pemilih kitaran