MAKLUMAT BAHAN CUCI DAN BAHAN TAMBAHAN

Bahan cuci mana yang harus digunakan

Jenis bahan cuci yang anda gunakan seharusnya berdasarkan jenis fabrik (Kapas, sintetik, item halus, wul), warna, suhu pembasuhan, dan keamatan kekotoran. Sentiasa gunakan bahan cuci kain “buih sedikit”, yang dibuat untuk mesin basuh automatik.

Ikut saranan pembuat bahan cuci berdasarkan berat kain, keamatan kekotoran, dan keliatan air di kawasan anda. Jika anda tidak tahu berapa liat air anda, tanya penguasa air tempatan anda.

Jangan gunakan bahan cuci yang telah mengeras atau memejal kerana bahan cuci mungkin tertinggal di dalam kitaran bilas. Ia boleh menyebabkan mesin basuh anda tidak membilas dengan betul atau mengakibatkan limpahan menjadi tersumbat.

Laci bahan cuci

Mesin basuh anda mempunyai petak-petak berasingan untuk mendispens bahan cuci dan pelembut fabrik. Tambahkan semua bahan tambahan kain ke dalam petak yang betul sebelum memulakan mesin basuh anda.

JANGAN buka laci bahan cuci semasa mesin basuh sedang berjalan.

1.Tarik laci bahan cuci di sebelah kiri panel kawalan.

2.Tambahkan jumlah bahan cuci kain yang disyorkan

langsung ke dalam petak bahan cuci sebelum memulakan mesin basuh anda.

3.Tambahkan jumlah pelembut fabrik ke dalam petak pelembut jika perlu.

4.Apabila menggunakan pilihan Prabasuh, tambahkan jumlah bahan cuci kain yang disyorkan ke dalam petak prabasuh .

Apabila membasuh item-item besar JANGAN gunakan jenis bahan cuci yang berikut.

Bahan cuci jenis tablet dan kapsul

Bahan cuci menggunakan bola dan jaring

Pelembut dan perapi fabrik yang pekat mesti dicairkan dengan sedikit air sebelum dituang ke dalam dispenser (mencegah limpahan daripada tersumbat).

MAKS

02 MEMBASUH SEBEBAN KAIN KOTOR

membasuh sebeban kain kotor _25

WD8122CVB-02574C_MA.indd 25

2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:57:17

Page 61
Image 61
Samsung WD8122CVB, WD8122CVC Maklumat Bahan Cuci DAN Bahan Tambahan, Bahan cuci mana yang harus digunakan, Laci bahan cuci