membasuh sebeban kain kotor
Dengan mesin basuh Samsung anda yang baru, perkara paling sukar apabila membasuh kain adalah membuat keputusan pakaian mana yang harus dibasuh dahulu.
MEMBASUH BUAT PERTAMA KALI
Sebelum membasuh kain buat pertama kali, anda mestilah menjalankan satu kitaran lengkap tanpa kain (iaitu tiada beban).
1.Tekan butang Power (Kuasa).
2.Tambahkan sedikit bahan cuci ke dalam petak bahan cuci
di dalam laci bahan cuci.
3. Buka bekalan air ke mesin basuh.
4. Tekan butang Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar).
TIni akan mengeluarkan sebarang air yang mungkin tertinggal di dalam mesin daripada jalanan ujian pengilang.
Petak : Bahan cuci bagi prabasuh, atau kanji.
Petak : Bahan cuci bagi basuhan utama, pelembut air, agen prarendam, peluntur dan produk menghilangkan bekas kotoran.
Petak : Bahan penambah, misalnya pelembut atau pembentuk fabrik (isi tidak lebih daripada pinggir bawah (MAX) “A”)
ARAHAN ASAS
1.Masukkan kain kotor anda ke dalam mesin basuh.
Jangan terlampau membebani mesin basuh. Untuk menentukan muatan beban bagi setiap WARNING jenis kain, rujuk kepada carta di halaman 24.
• Pastikan bahawa kain tidak tersepit di pintu kerana ini boleh menyebabkan kebocoran air.
•Bahan cuci pembasuhan boleh tertinggal di bahagian getah depan pembasuh selepas satu kitaran basuh. Tanggalkan sebarang bahan cuci yang tinggal kerana ia boleh menyebabkan kebocoran air.
•Jangan basuh barang yang kalis air.
2.Tutup pintu sehingga ia terkancing.
3.Hidupkan kuasa.
4.Tambahkan bahan cuci dan bahan tambahan ke dalam laci dispenser.
5.Pilih kitaran dan
Lampu Penunjuk Basuh akan menyala dan masa anggaran pembasuhan akan muncul di paparan.
6.Tekan butang Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar).
02 MEMBASUH SEBEBAN KAIN KOTOR
membasuh sebeban kain kotor _17