Salir

Samsung mengesyorkan paip tegak setinggi 18 in (46 cm). Hos salir mesti dihalakan menerusi klip hos salir ke paip tegak. Paip tegak mestilah cukup besar untuk menerima diameter luar hos salir. Hos salir dipasang di kilang.

Lantai

Untuk prestasi terbaik, mesin basuh anda mesti dipasang di atas lantai yang dibina dengan kukuh. Lantai papan mungkin perlu diperkukuhkan untuk meminimakan getaran dan/atau beban yang tidak seimbang. Permukaan permaidani dan jubin lembut adalah antara faktor-faktor yang menjadi sebab berlakunya getaran dan kemungkinan mesin basuh anda bergerak sedikit semasa kitaran putar.

Jangan sekali-kali memasang mesin basuh anda di atas platform atau struktur yang tidak disokong dengan baik.

Suhu sekeliling

Jangan pasang mesin basuh anda di tempat-tempat di mana air boleh membeku, kerana mesin basuh anda sentiasa menyimpan sedikit air di dalam injap air, pam, dan bahagian-bahagian hosnya. Air yang beku di dalam talian-talian boleh menyebabkan kerosakan pada tali sawat, pam, dan komponen-komponen lain. Anda harus sentiasa menggunakan mesin basuh anda semasa suhu sekeliling adalah sekurang-kurangnya 60 °F (16 °C).

Pemasangan di dalam alkof atau almari

Untuk mengendalikan dengan selamat dan betul, mesin basuh anda yang baru ini memerlukan kelegaan minimum sebanyak:

Sisi – 25 mm (1 in)

Belakang – 51 mm (2 in)

Atas – 25 mm (1 in)

Depan – 465 cm persegi (72 sq.in.)

Jika kedua-dua mesin basuh dan pengering dipasang bersama-sama, bahagian depan alkof atau almari mesti mempunyai ) bukaan udara yang tidak terhalang sekurang-kurangnya 72 in. persegi (465 cm persegi). Mesin basuh anda sendiri tidak memerlukan bukaan udara yang khusus.

MEMASANG MESIN BASUH ANDA

LANGKAH 1

Memilih lokasi

Sebelum anda memasang mesin basuh, pastikan lokasinya:

Mempunyai permukaan yang keras dan rata tanpa permaidani atau lantai yang boleh menghalang pengalihudaraan.

Jauh dari cahaya mata hari

Mempunyai pengalihudaraan yang cukup

Tidak akan membeku (di bawah 32 °F atau 0 °C)

Jauh dari sumber-sumber haba seperti minyak atau gas

Mempunyai ruang yang cukup supaya mesin basuh tidak berdiri di atas kord kuasa

01 MENYEDIAKAN MESIN BASUH ANDA

menyediakan mesin basuh anda _11

WD8122CVB-02574C_MA.indd 11

2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:56:59

Page 47
Image 47
Samsung WD8122CVD, WD8122CVC, WD8122CVB, WD8122CVW user manual Memasang Mesin Basuh Anda