Menggunakan paparan “Memory Stick”

Tentang “Memory Stick”

“Memory Stick” (dijual berasingan) merupakan alat pengantaraan rakaman litar bersepadu (IC) yang padat, mudahalih dan serbaguna dengan kapasiti data yang melebihi cakera liut. “Memory Stick” adalah direka khas untuk saling menukar dan berkongsi data di antara barangan “Memory Stick” yang serasi seperti kamera digital dan kamera video digital. Disebabkan ia mudah dikeluarkan, “Memory Stick” boleh juga digunakan untuk penyimpanan data luaran.

Paparan “Memory Stick” pada TV anda membolehkan anda menonton imej pegun (fail JPEG*) dan wayang gambar (fail MPEJ1**) yang tersimpan di dalam media “Memory Stick”.

Untuk maklumat penggunaan media “Memory Stick” yang lebih lanjut, sila rujuk “Nota penggunaan media “Memory Stick”, “Memory Stick PRO”” dan “Nota “Memory Stick Duo”” pada halaman 44 dan 45.

“Memory Stick”, ”Memory Stick PRO”,”Memory Stick Duo” dan

” adalah cap dagang Sony Corporation.

Nota

Kelajuan pemuatan data mungkin berbeza dan bergantung kepada “Memory Stick”.

Bunyi tidak dikeluarkan daripada pembesar suara TV apabila anda menonton imej pegun yang tersimpan di dalam “Memory Stick”.

“Memory Stick” yang telah diformatkan oleh komputer tidak boleh digunakan untuk TV.

Keserasian Fail

Paparan “Memory Stick” boleh memaparkan imej pegun dan wayang gambar yang tersimpan di dalam media “Memory Stick” dengan format pemampatan berikut:

fail JPEG* (menurut spesifikasi DCF*) dengan sambungan, .jpg

fail MPEG1**, “MPEG MOVIE”, “MPEG MOVIE AD”, “MPEG MOVIE EX”, “MPEG MOVIE HQ”, “MPEG MOVIE HQX”, “MPEG MOVIE CV”, “VAIO Giga Pocket MPEG1”.

Imej yang mengandungi lebih daripada 16 titik mendatar dan/ atau menegak untuk setiap garisan.

Imej yang mengandungi kurang daripada 4096 titik mendatar dan/atau menegak untuk setiap garisan.

42Operasi Lanjutan