Menggunakan paparan “Memory Stick” (bersambung)Nota penggunaan media “Memory Stick PRO”, “Memory Stick”

Ikuti langkah-langkah berikut apabila menggunakan media “Memory Stick”, “Memory Stick PRO”:

Untuk mengelakkan kerosakan imej pegun daripada berlaku, jangan tutup TV atau alihkan media “Memory Stick” daripada lubang selitan semasa pemprosesan data dijalankan (apabila lampu petunjuk “Memory Stick” bernyala).

Elakkan daripada menyentuh terminal media “Memory Stick”atau terminal media “Memory Stick” daripada terkena objek berunsur logam.

Jangan jatuhkan, bengkokkan atau dedahkan media “Memory Stick” kepada kejutan luaran.

Jangan membuka atau mengubahsuai media “Memory Stick”.

Elakkan media “Memory Stick” daripada dimasuki cecair.

Lekatkan label hanya pada tempat yang ditentukan.

Kedudukan label

Untuk mengelakkan kerosakan imej pegun daripada berlaku, jangan guna atau simpan media “Memory Stick” di tempat yang terdedah kepada:

Suhu yang tinggi (seperti alat pemanas atau dalam kereta yang panas)

Kelembapan yang tinggi

Pancaran matahari

Bahan kimia yang menghakis

Medan magnet

Habuk yang berlebihan

Elektrik statik atau gangguan elektrik

Gelombang elektrik

Simpan dan bawa media “Memory Stick” dalam bekas asal agar keselamatan data yang tersimpan dijamin.

Simpan satu sokongan data untuk data yang telah tersimpan.

44Operasi Lanjutan