Jangan sesekali menggunakan kaedah pembersihan kerak karat lain selain daripada yang disyorkan.

SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH

TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK ANDACerek tidak berfungsi atau terhenti sebelum air mendidih–– Pastikan cerek anda disambung dengan betul.

–– Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang terkumpul telah menyebabkan pemanasan terlampau berlaku: biarkan cerek sejuk dan kemudian isikan air. Bersihkan kerak

karat terlebih dahulu jika ia telah terkumpul.Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih kurang 15 minit.• Rasa air seperti plastik:

Biasanya, ini berlaku apabila menggunakan cerek baru, buang air yang dimasak untuk dua-tiga kali yang pertama. Jika masalah masih berterusan, isi cerek sehingga ke paras maksimum dan tambah 2 sudu teh soda bikarbonat. Didihkan dan kemudian buang air tersebut. Bilas cerek.

JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT KEROSAKAN YANG KETARA PADA KORD KUASA, PALAM ATAU TAPAK CEREK

Pulangkan cerek anda kepada Pusat Perkhidmatan Selepas Jualan, hanya mereka yang dibenarkan untuk membaiki kerosakan. Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam buku kecil yang disertakan bersama cerek anda. Jenis dan nombor siri ditunjukkan di bahagian dasar cerek anda. Jaminan ini melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang keretakan atau kerosakan yang terjadi akibat daripada kegagalan untuk mematuhi arahan adalah tidak dilindungi oleh jaminan.

Pengeluar berhak untuk mengubah suai sifat-sifat atau komponen cereknya pada bila-bila masa untuk kepentingan pelanggan.

Jangan menggunakan cerek. Jangan ada sebarang cubaan untuk menanggalkan cerek atau peranti keselamatannya.

Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, pusat perkhidmatan selepas jualannya atau orang lain yang memiliki kelayakan yang sama, bagi mengelakkan sebarang bahaya.

PENCEGAHAN KEMALANGAN DOMESTIK

Bagi kanak-kanak, luka terbakar atau lecuran, walaupun sedikit, kadang-kadang boleh menjadi serius.

Sepanjang mereka membesar, didik anak anda untuk berhati-hati dengan cecair panas yang

berada di dapur. Letakkan cerek dan kord bekalannya jauh ke dalam permukaan kerja, jauh MS daripada capaian kanak-kanak.

Jika terjadi kemalangan, basuh lecuran di bawah aliran air sejuk dengan segera dan hubungi doktor jika perlu.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan: jangan mendukung anak atau bayi anda ketika anda sedang meminum atau membawa air yang panas.

PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Peralatan anda mengandungi banyak bahan yang boleh diperoleh kembali atau dikitar semula.

Bawanya ke pusat pengumpulan bahan buangan sivik tempatan.

75