Sentiasa tanggalkan perkakas daripada sumber tenaga elektrik ketika dibiar tanpa pengawasan dan sebelum dipasang, dibuka atau dicuci.

Berhati-hati dengan risiko cedera yang disebabkan oleh cara penggunaan dan pengendalian yang salah.

Jangan gunakan perkakas anda jika tidak berfungsi dengan betul atau jika perkakas rosak. Dalam keadaan ini, sila hubungi pusat perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan).

Segala perkhidmatan selain daripada pembersihan dan penyelenggaraan biasa oleh pelanggan mesti dilakukan di pusat perkhidmatan yang diluluskan.

Jangan gunakan perkakas ini untuk mengadun atau mengisarkan bahan-bahan lain selain daripada bahan makanan.

Jangan sekali-kali menggunakan mangkuk pengisar tanpa bahan- bahan atau dengan hanya adanya bahan mentah pepejal.

Sentiasa tuangkan bahan-bahan cecair terlebih dahulu ke dalam mangkuk pengisar sebelum menambahkan bahan pepejal.

Jangan menggunakan mangkuk pengisar atau aksesori-aksesori (mengikut model) sebagai bekas biasa (untuk pembekuan, pemasakan dan pensterilan).

Untuk mengelakkan limpahan, jangan penuhkan mangkuk sehingga melebihi tahap maksimum yang dinyatakan.

Jangan sentuh bahagian-bahagian perkakas yang sedang bergerak (pisau...dll.).

Pisau-pisau pada bekas pengisar dan aksesori-aksesori (mengikut model) adalah sangat tajam: sila kendalikan dengan berhati-hati semasa mengkosongkan mangkuk pengisar, semasa memasang atau menanggalkan pisau pada mangkuk pengisar (mengikut model) atau aksesori-aksesori (mengikut model) dan semasa pencucian.

112

Page 211
Image 211
Tefal BL3008AC, BL300838 manual 112