Jangan sekali-kali letakkan jari anda atau sebarang objek yang tidak sepatutnya ke dalam mangkuk pengisar semasa perkakas sedang berfungsi.

Jangan sekali-kali menanggalkan penutup dan/atau mangkuk pengisar semasa perkakas sedang berjalan dan sebelum perkakas dimatikan.

Sentiasa gunakan pengisar bersama-sama dengan penutup.

Gunakan pengisar anda pada permukaan mendatar, bersih dan kering.

Jangan letakkan perkakas, kabel atau plag dalam air atau sebarang bahan cecair yang lain.

Jauhkan kabel kuasa daripada kanak-kanak.

Jangan sekali-kali meletakkan kabel kuasa berdekatan atau bersentuhan dengan bahagian-bahagian panas perkakas anda, berdekatan dengan sumber haba atau pada sudut tirus atau di dalam mangkuk pengisar bersentuhan dengan pisau-pisau.

Jangan biarkan kabel kuasa bersentuhan dengan bahagian- bahagian perkakas yang bergerak (pisau pengisar) semasa digunakan.

Jangan menanggalkan kabel kuasa daripada sumber elektrik dengan menarik kabel.

Jangan biarkan rambut panjang, selendang, tali leher dll. Berdekatan dengan perkakas atau aksesori semasa mesin berjalan.

Jika kabel kuasa atau plag rosak, jangan menggunakan perkakas. Untuk mengelakkan daripda bahaya, dapatkan bantuan pusat perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku panduan) untuk menggantikan bahagian-bahagian yang rosak.

Untuk keselamatan anda, jangan gunakan aksesori dan bahagian- bahagian daripada mesin lain pada perkakas anda.

Berhati-hati apabila bahan makanan cecair panas dituang ke dalam mangkuk atau pengadun kerana cecair panas tersebut mungkin

113

Page 212
Image 212
Tefal BL300838, BL3008AC manual Sentiasa gunakan pengisar bersama-sama dengan penutup